Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri memaklumkan setakat ini usaha mengalihkan pokok yang tumbang dan bongkah batu sedang giat dijalankan.
Ekoran kejadian berkenaan, pengguna jalan raya dilaporkan terkandas sejak jam 7 pagi dan tidak dapat melalui jalan berkenaan malah ramai yang terpaksa berpatah balik.

Namun kenderaan ringan seperti motosikal dikatakan masih boleh melalui jalan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya ( JKR) Negeri, Ahmad Redza Ghulam Rasool ketika dihubungi memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku di KM 5.5 Jalan Tun Sardon.
Katanya,pihak JKR telah pun berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan kontraktor pembersihan JKR telah dikerah untuk membersihkan kawasan berkenaan.
Pihaknya akan membersihkan sisa runtuhan dengan segera bagi membolehkan sekurang-kurangnya satu laluan dibuka kepada lalu lintas.
Orang ramai dan pengguna lalu lintas turut dinasihati agar lebih berhati-hati melalui kawasan berisiko banjir dan pokok tumbang terutama pada musim hujan ketika ini.