BALIK PULAU: Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya melalui Jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau, pagi semalam.
Menurut perkongsian oleh anak mangsa di laman Facebook (FB) miliknya, akibat kejadian itu, ibunya mengalami patah bahu kanan, patah tangan kiri serta patah dua tulang rusuk.
Manakala adiknya yang menunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan kejadian berlaku pada pagi Ahad ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Teluk Kumbar menghala ke George Town.
Ketika melalui tempat kejadian, sebiji buah kelapa tiba-tiba gugur lalu menimpa mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh di atas jalanraya.
Video berdurasi 28 saat yang menunjukkan mangsa terjatuh dari motosikal selepas kelapa itu menimpanya tular di media sosial.
Dalam video tersebut, kelihatan anak mangsa sempat mengawal motosikalnya sebelum berhenti di tepi jalan bagi membantu ibunya yang terbaring di atas jalanraya.
Sementara itu, Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, dalam catatan Facebooknya menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa.
Menurut Azrul, mangsa dikenali sebagai Puan Anita yang tinggal di Taman Emas, Teluk Kumbar.
Katanya, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, beliau bergegas ke lokasi kejadian dan meminta agensi berkaitan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Azrul berkata kebanyakan pokok kelapa di sepanjang jalan itu adalah milik pemilik persendirian.
Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 27 2022
![Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656307374_TBjatuh.jpg)
Difahamkan kejadian berlaku pada pagi Ahad ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Teluk Kumbar menghala ke George Town.- Foto ihsan pembaca
![Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262284_TembakSetiaAlam.jpg)
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
![Wanita cedera parah ditikam selepas berlaku perselisihan faham - Polis Wanita cedera parah ditikam selepas berlaku perselisihan faham - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706546850_tikambunuh.jpg)
Wanita cedera parah ditikam selepas berlaku perselisihan faham - Polis
Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, petang tadi.
![Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677131752_TBgasmeletup.jpg)
Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia
Mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggalnya.
![Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656307374_TBjatuh.jpg)
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.