Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ia diputuskan selepas mendapat persetujuan semua agensi terlibat dalam kerja pembaikan tanah runtuh berkenaan yang masuk hari ketiga hari ini.
"... ketika ini tidak mengesan sebarang pergerakan tanah yang baharu berdasarkan kajian pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
"Berdasarkan keseluruhan dapatan kita pada hari ini dan persetujuan semua agensi terlibat, kita membenarkan penduduk di Jalan E6 yang membabitkan 20 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu untuk kembali ke rumah masing-masing mulai 6 petang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan E5 di sini hari ini. - Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL