Kontraktor syarikat pembinaan bagi projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, dekat sini, didenda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan gagal menyediakan prosedur kerja selamat.
Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Yuta Maju Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Osmera Mamat, selepas beliau menukar pengakuan kepada bersalah pada Rabu.
Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan pada Rabu.
Mahkamah mendenda RM20,000 bagi kesalahan pertuduhan pertama dan turut memerintahkan Osmera, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes itu menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu, dan denda RM2,000 atau penjara dua minggu sekiranya gagal membayar bagi pertuduhan kedua yang dihadapi syarikatnya.
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu sebagai majikan didakwa gagal memastikan setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya dengan menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti mengangkat menggunakan kren bergerak sehingga menyebabkan rasuk jatuh di kawasan tapak pembinaan 'Projek Pembinaan Sebahagian Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong Pulau Pinang', pada pukul 8.30 malam, 11 Okt 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, syarikat tersebut yang merupakan kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi projek itu, didakwa gagal melantik pegawai keselamatan dan kesihatan yang kompeten di tempat kerja pada tarikh, masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 29(2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Tiga kontraktor disenarai hitam
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang Mohd Najib Anuar memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap pengarah syarikat itu yang telah membuat pengakuan salah bagi memberikan pengajaran kepada majikan lain supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja pada masa akan datang.
"Pematuhan terhadap akta adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai prosedur kerja selamat dan analisis risiko serta kawalan terhadap risiko dapat dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjaga," katanya.
Peguam S. Kanesh yang mewakili Osmera kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan denda terhadap anak guamnya atas alasan kejadian yang berlaku adalah akibat angin kencang yang tidak dijangka.
Sementara itu, di mahkamah sama, Mazdi menetapkan 19 Feb ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kes yang dihadapi Osmera dan pengarah projek syarikat itu Lai Sin Kian, yang berdepan pertuduhan pindaan gagal menyediakan prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh di tapak projek di Jalan Bukit Kukus pada 1.50 tengah hari, 19 Okt 2018.
Mengikut pertuduhan pindaan, Lai dan Yuta Maju, masing-masing didakwa sebagai majikan telah gagal mengadakan pengiraan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah bagi kerja-kerja 'backfill' atau menampung tanah untuk cerun sementara sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh pada pukul 1.50 tengah hari, 19 Okt 2018.
Lai dan Yuta Maju, yang diwakili Osmera, dituduh mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang Norliza Abu Othman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong pada 22 Okt, 2018. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000
Pengunjung atau pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di Taman Eko-Rimba dan trek pendakian di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mendapatkan permit.

Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat
Seorang kru kabin sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan bertindak memanjat sayap pesawat untuk bergambar.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.

Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.

Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.

Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.