Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan kepada Bernama, walaupun cuaca baik, operasi ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan dan akan bersambung 8 pagi esok (Sabtu).
Tinjauan Bernama setakat 11 malam ini mendapati kebanyakan pasukan penyelamat telah beredar dari lokasi pencarian, begitu juga dengan pengamal media.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari ke-8, pencarian mangsa terakhir diteruskan
Operasi mencari mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dijalankan oleh pasukan SAR seawal 8 pagi tadi dengan tumpuan pencarian difokuskan di kawasan sektor C (riverside).
Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban, manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terlibat.
-- BERNAMA
![](https://gallery.eomail2.com/662def6e-4f4c-11e9-a3c9-06b79b628af2%2F1671399622351-tragedi.jpg)