HULU SELANGOR: Usaha pencarian sembilan lagi mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, dipergiat menerusi penambahan aset dan alat baharu, kali ini dengan ketibaan dua lagi jengkaut milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibawa khas hari ini.
Dua jentera berat baharu jenis PC 210 LC-10M milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur yang tiba sekitar 2 petang itu, mencuri tumpuan pengamal media dan semua mereka yang berkampung di lokasi insiden ini sejak Jumaat lepas.
Difahamkan, Majlis Penyerahan Kenderaan Jenis C (KJC) varian 'Tracked Excavator (Med) Komatsu' itu baru sahaja diterima 91 Rejimen Bantuan RAJD pada 31 Mei lalu, melalui Perolehan Rancangan Boleh Pinda 3 (RP 3) 2021.
Penambahan dua jentera berat berkenaan sekali gus menjadikan jumlah jengkaut yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sebanyak 10.
LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Sebelum ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata lapan jengkaut ditugaskan di sektor A dan sektor C bagi kerja pengorekan serta alih tanah, namun proses pengorekan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera terkena mangsa.
Semalam pasukan penyelamat turut mendapat bantuan alat 'Ground Penetrating Radar' daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk membantu proses pengesanan mayat di dalam tanah.
Bukan itu sahaja, sebanyak 11 ekor anjing pengesan diletakkan dalam keadaan siap siaga di lokasi kejadian, untuk membantu operasi dengan enam daripadanya milik JBPM, empat (Polis Diraja Malaysia) dan seekor milik ATM.
Operasi SAR memasuki hari keempat hari ini bagi mencari baki sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat lepas itu.
Seramai 24 mangsa disahkan terkorban setakat ini manakala 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
Dua jentera berat baharu jenis PC 210 LC-10M milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur itu tiba jam 2 petang tadi. - Gambar/ Bernama
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Nepal
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.
Sekurang-kurangnya 15 maut, 25 terperangkap dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
Empat mayat telah dipindahkan setakat ini, manakala tiga mangsa yang cedera diselamatkan dan tujuh lagi masih dicari.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.
Seorang maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam terowong selepas tanah runtuh di Jepun
Pihak berkuasa tempatan berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah Ishikawa.
Tanah runtuh di Jalan Brinchang, Cameron Highlands
Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.