KUALA SELANGOR: Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
"Punca peringkat awal ini kerana pembinaan terowong di bawah, projek rel ECRL," katanya.
Beliau berkata kerja-kerja baik pulih dijangka selesai petang ini dan laluan itu boleh digunakan semula pukul 7 petang ini.
"Sebelum datang ke sini, saya telah pergi ke tempat kejadian (tanah mendap), saya agak puas hati kerana kerja-kerja pemulihan dibuat dengan cepat, pukul 7 ini dijangka boleh digunakan semula," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja pembinaan Seksyen 6, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.
Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 ECRL yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.
Katanya, runtuhan terowong ECRL 2 itu telah menyebabkan tanah mendap seluas 9.5 meter (m) lebar x 10 m panjang x 4.3 (m).
"Pihak kontraktor telahpun mengambil tindakan dengan menimbus kawasan mendapan dengan konkrit sejak malam tadi. Kerja-kerja turapan akan dimulakan sejurus selepas konkrit keras.
"Bagi langkah pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan kementerian menerusi Agensi Lembaga Lebuhaya Malaysia dengan kerjasama pihak yang terlibat. Pemantauan berterusan turut dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu.
Mendapan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, semalam itu telah menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan WCE yang merentasi jajaran Banting, Selangor ke Taiping Selatan, Perak, Nanta berkata projek tersebut telah siap 88 peratus.
"Secara keseluruhannya projek itu adalah sepanjang 233 kilometer tidak termasuk 80 kilometer tidak bertol.
"Kemajuan pembinaannya sedikit lewat adalah disebabkan isu pengambilalihan tanah. Pada awalnya, belanja ambil tanah dianggarkan RM980 juta dan akhirnya melebihi RM2 bilion. Semua ini telah selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Kerja-kerja baik pulih laluan itu dijangka selesai petang ini dan laluan itu boleh digunakan semula pukul 7 petang ini. - Gambar/ Twitter @llmtrafik

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aidiladha: Aliran trafik menghala Pantai Timur dan Utara bergerak perlahan
Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Tanah mendap Lebuhraya KL-Karak disebabkan kerja pembinaan terowong ECRL - Nanta
Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Aidiladha: Lebih sejuta kenderaan dijangka guna KLK bermula Selasa
Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa.

Aidilfitri: Cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya KLK, LPT1
Cadangan waktu perjalanan berkenaan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur bagi tempoh 19 April hingga 1 Mei.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Nahas lima kenderaan, trafik sesak 21.2 kilometer
Trafik juga sesak kira-kira 10.4 kilometer dari KM53.4 sehingga lokasi kemalangan.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.