BENTONG: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya melanggar belakang sebuah treler dalam nahas di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur menghala ke Jertih, Terengganu membawa muatan perabot.
"Sampai di tempat kejadian, lori yang membawa muatan perabot telah hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum melanggar bahagian belakang treler yang sedang bergerak di lorong satu.
"Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, treler terbabit membawa muatan besi buruk dari Klang, Selangor menghala ke Kuala Krai, Kelantan dan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, pihak polis turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Apr 12 2023

Keadaan lori yang dipandu mangsa setelah melanggar belakang treler di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi. -Foto ihsan IPD Bentong
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aidiladha: Aliran trafik menghala Pantai Timur dan Utara bergerak perlahan
Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Tanah mendap Lebuhraya KL-Karak disebabkan kerja pembinaan terowong ECRL - Nanta
Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Aidiladha: Lebih sejuta kenderaan dijangka guna KLK bermula Selasa
Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa.

Aidilfitri: Cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya KLK, LPT1
Cadangan waktu perjalanan berkenaan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur bagi tempoh 19 April hingga 1 Mei.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Nahas lima kenderaan, trafik sesak 21.2 kilometer
Trafik juga sesak kira-kira 10.4 kilometer dari KM53.4 sehingga lokasi kemalangan.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.