Ringkasan AI
- Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, walaupun operasi tersebut tidak menemukan mangsa.
- Operasi SAR yang memasuki hari kesembilan pada Sabtu ditamatkan serta-merta atas faktor keselamatan, seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
- Mangsa, G Vijaya Lakshmi, 48, hilang dalam insiden tanah jerlus pada 23 Ogos lalu semasa berjalan kaki di lokasi kejadian.
Demikian ucapan penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman di hadapan para petugas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini pada Sabtu.
Sulizme berkata, beliau menghargai usaha semua pihak terlibat dalam SAR di lokasi kejadian.
"Penghargaan kepada usaha tuan-tuan dan puan-puan sepanjang operasi di lokasi SAR walaupun keputusan dan pencarian dibuat tidak menjumpai apa-apa.
"Tetapi sekurangnya semangat tuan puan telah menunjukkan satu komitmen tinggi untuk sama-sama bekerja," katanya dalam perbarisan akhir setelah SAR ditamatkan di hari kesembilan di sini pada Sabtu.
Penghargaan itu ditujukan kepada semua petugas antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Indah Water Konsortium (IWK).
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimumah Mohd Sharif.
Sebelum itu, dalam sidang akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR yang memasuki hari kesembilan pada Sabtu ditamatkan serta-merta atas faktor keselamatan semua pihak.
Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, mangsa iaitu G Vijaya Lakshmi, 48, hilang dalam tanah jerlus semasa berjalan kaki di lokasi terbabit. -Sinar Harian