Ini susulan insiden tanah jerlus di kawasan itu minggu lalu, yang menyebabkan seorang warga India hilang.
Ketika ini, kawasan dari Wisma Yakin hingga ke Semua House di Jalan Masjid India, ditutup untuk lalu lintas.
“Mereka faham situasi sekarang, tetapi dalam masa yang sama ia beri kesan pada perniagaan mereka.
“Jadi saya rasa terpanggil untuk mengadakan pertemuan ini mengetahui apa cabaran dan pandangan mereka,” katanya ketika ditemui selepas meninjau perkembangan semasa di lokasi kejadian.
Tambahnya lagi, dengan sambutan Deepavali akan tiba dua bulan lagi, peniaga dan masyarakat India akan mula sibuk melakukan persediaan dan kawasan itu memang terkenal sebagai tumpuan utama.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
Operasi mencari dan menyelamat kini masuk hari ketujuh.