Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanah di sekitar kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan untuk aktiviti penanaman pada masa depan.
Bagaimanapun, rawatan tanah berkenaan boleh menjangkau sehingga tempoh 50 tahun sebelum ia dapat dipulihkan seperti sediakala, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Malaysia-Korea 'Healthy River Basin' di sini pada Rabu.
Menjelaskan lanjut mengenai kaedah pemulihan berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Abd Rahman Abd Rahim berkata kawasan perlombongan bauksit yang menjalani rawatan perlu ditanam dengan tanaman menjalar seperti kekacang untuk tempoh yang lama.
"Ini kerana tanaman menjalar boleh membantu meningkatkan kualiti tanah dan ia telah terbukti di Malaysia.
"Contohnya, ibu pejabat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, telah menjalani rawatan yang sama kerana tanahnya merupakan kawasan bekas lombong sebelum ia dipulihkan semula sebagai kawasan hijau," katanya.
"Berkemungkinan ia akan ambil masa hingga 50 tahun sebelum semua kembali normal, tetapi untuk memulihkan tanah yang usang semangnya boleh," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan seorang Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Sago dan Bukit Nerang di Pahang berdepan masa suram berikutan perlombongan bauksit di kawasan berkenaan.
Dr Maketab Mohamed berkata perlombongan bauksit di kawasan itu menghasilkan kromium yang beracun dan boleh merosakkan tanaman kelapa sawit di kawasan Felda terbabit.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan lain, Wan Junaidi berkata sikap kurang kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam kalangan orang ramai, untuk memelihara dan melindungi sungai, menyumbang kepada peningkatan pencemaran sungai di negara ini.
Katanya, insiden pencemaran sungai meningkat sebanyak sembilan peratus pada 2014, berbanding lima peratus pada 2013.
Terdahulu, Wan Junaidi dianugerahkan Profesor Penyelidikan oleh University of Seoul dalam bidang alam sekitar atas usaha cemerlang dan sumbangan beliau dalam menangani masalah jerebu tahun lepas.
Bernama
Thu Feb 18 2016
![Tanah di kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan - Wan Junaidi Tanah di kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452698963_BauksitKuantan.jpg)
Kawasan perlombongan bauksit yang menjalani rawatan perlu ditanam dengan tanaman menjalar seperti kekacang untuk tempoh yang lama. -Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Tanah di kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan - Wan Junaidi Tanah di kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452698963_BauksitKuantan.jpg)
Tanah di kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan - Wan Junaidi
Kawasan perlombongan bauksit yang menjalani rawatan perlu ditanam dengan tanaman menjalar seperti kekacang untuk tempoh yang lama.