PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad ialah tokoh yang berpandangan jauh dan mempunyai idea-idea baharu bagi pembangunan pendidikan negara, menurut Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Beliau berkata antara sumbangan Allahyarham yang tidak diketahui ramai termasuk membangunkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
"TVET ketika itu dipanggil kursus vokasional yang menggunakan model dari Jerman dan kepakaran industri untuk mengajar pelajar secara terus.
"Pusat Pengajian Farmasi yang terkini di Malaysia pada ketika itu juga berjaya mengeluarkan graduan yang mendapat pekerjaan dalam bidang berkenaan selain beliau turut membuka banyak lagi pusat pengajian terkini di universiti khususnya dalam bidang kejuruteraan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara di sini hari ini.
Dzulkifli yang pernah memegang jawatan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun bermula 2000 memaklumkan Allahyarham Musa juga banyak menyumbang kepada pembangunan universiti itu semasa menjawat jawatan Naib Canselor dari 1982 hingga 1995.
"Ketika itu, kita tiada ranking (kedudukan universiti dunia) namun USM sentiasa dikenali dunia kerana hasil kerja yang dilakukan dan kebebasan yang diberi kepada pelajar dan penyelidik," katanya.
Allahyarham Musa, 81, menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam Sabtu di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.
Beliau merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 1999 hingga 2004.
Allahyarham juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Antara sumbangan Allahyarham yang tidak diketahui ramai termasuk membangunkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. - Gambar/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahdzir Khalid minta 20 peratus daripada projek solar RM1.25 bilion - Saksi
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings).

Mahdzir Khalid sekali lagi hadir di SPRM
Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Mahdzir Khalid beri keterangan kepada SPRM
Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.