Langkah kerajaan untuk menggalakkan penerbangan tambang murah sama ada daripada syarikat tempatan atau antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menikmati tambang kapal terbang yang lebih ekonomik dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen, hal tersebut dibangkitkan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pada soalan pertama sesi soal jawab lisan untuk dijelaskan Kementerian Pengangkutan.
Tidak kurang menariknya soalan daripada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kedudukan semasa kadar kemiskinan di Malaysia.
Turut mencuri tumpuan adalah soalan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan kementerian sama berkaitan pecahan jumlah aset negara yang telah dijual.
Sesi tersebut yang dijangka berakhir kira-kira 12 tengah hari pula bersambung kepada perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 yang masuk hari ketiga selepas membuka tirainya pada Isnin.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Sesi soal jawab akan bersambung kepada perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 yang masuk hari ketiga selepas membuka tirainya pada Isnin. - Gambar fail
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Aset di Luxembourg: Tiada kompromi soal kedaulatan negara - Fadillah
Fadillah berkata pendirian negara kekal, walaupun perlu berdepan dengan tuntutan mereka di negara-negara yang berbeza.
Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.
Punca siswazah masih menganggur, tarikh luput skim pencen tumpuan Dewan Rakyat
Beberapa isu menarik bakal menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tambang kapal terbang murah dan skala kemiskinan antara fokus Dewan Rakyat
Hal tersebut dibangkitkan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pada soalan pertama sesi soal jawab lisan untuk dijelaskan Kementerian Pengangkutan.