SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah semasa pertemuan tersebut bahawa pertukaran aset yang telah berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.
Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di sini.
Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 Nov 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Jan ini.
Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
![Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669375696_DYMMSULTANSELA.jpg)
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas. - Facebook/@selangorroyaloffice
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
![Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669375696_DYMMSULTANSELA.jpg)
Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.