BATU GAJAH: Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE (ESCAPE) Ipoh berkeluasan 59 hektar di sini akan mula dibuka kepada orang ramai April depan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ESCAPE Ipoh yang terletak bersebelahan Ikon Warisan Kapal Korek TT5 itu bakal menjadi tarikan utama sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 pada tahun ini.
Beliau berkata pembukaan taman itu dijangka berupaya menarik sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung setahun dari dalam dan luar negara.
"Sudah pasti secara tidak langsung ia akan merancakkan kegiatan ekonomi serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri Perak khususnya di sekitar kawasan Batu Gajah.
"Kedudukan strategik ESCAPE Ipoh ini yang terletak berhampiran Kellie's Castle, Silverlakes Village Outlet, Galeri LAT, Gua Tempurung, Taman Alam Kinta dan The Treasure Taman Herba @Gopeng boleh dianggap sebagai pelengkap kepada perancangan menjadikan Greater Ipoh (Batu Gajah-Ipoh-Kuala Kangsar) sebagai destinasi pilihan pelancong," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan ESCAPE Ipoh dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi Helmi.
Mengulas lanjut Saarani berkata ESCAPE Ipoh turut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menjadikan pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai satu realiti.
"Saya turut difahamkan sehingga kini ESCAPE Ipoh sudah menggajikan 100 pekerja terdiri daripada penduduk setempat dan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada anak Perak.
"Nilai pelaburan dalam membangunkan ESCAPE Ipoh dianggarkan sebanyak RM30 juta dan ia dilaksanakan melalui usahasama syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) iaitu Menteri Besar Incorporated (Perak) sebagai penyedia tapak dan syarikat swasta, Sim Leisure Group Ltd sebagai pengendalinya," katanya.
Sementara itu, Saarani menafikan bahawa promosi TMP2024 hambar dan tidak seperti negeri lain seperti Melaka dan Perlis.
"Saya percaya selepas perayaan Aidilfitri kelak, sektor pelancongan khususnya TMP2024akan lebih rancak daripada sebelum ini dengan mengambil kira pelbagai aspek sepanjang tempohdua bulan kempen berlangsung.
"Perak sebuah negeri yang luas berbanding Melaka dan Perlis, kalau nak ikutkan dari segipemasangan banting umpamanya memang agak ketaralah, sepanjang banda raya Melaka bolehdipasang bahan promosi untuk nampak meriah namun kita juga tidak kurang hebatnya berbandingkedua-dua negeri ini," katanya.
Saarani ketika ditanya adakah ESCAPE Ipoh akan "dihantui" kegagalan taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) dekat Meru Ipoh, beliau yakin perkara itu tidak akan berulang.
"Adalah tidak adil bagi kita untuk berkata demikian memandangkan ESCAPE Ipohdilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kerjasama syarikat swasta.
"Semua persiapan di Escape Ipoh telah ada cuma mereka perlukan sedikit masa sehinggaApril depan untuk ia dibuka kepada umum, jika ia PFI maka sudah tentu mereka tidak mahumengalami kerugian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Saarani berkata ESCAPE Ipoh yang terletak bersebelahan Ikon Warisan Kapal Korek TT5 itu bakal menjadi tarikan utama sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 pada tahun ini. - Foto Pejabat MB
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.