Kewujudan semakin banyak premis hiburan yang digunakan para penagih atau pengedar dadah untuk membekalkan bahan terlarang itu kepada pelanggan semakin membimbangkan, terutamanya menjelang sambutan tahun baharu kerana menyasarkan golongan remaja, khususnya pelajar sekolah.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata melalui formula 'satu penagih dadah mencari empat mangsa/pelanggan', penagih atau pengedar semakin berani dengan memasukkan dadah ke dalam botol minuman seperti Coca Cola atau Ribena atau di dalam rokok.
"Bekalan dadah ini berkategori, macam kedai runcit, contohnya kalau nak eramin, ectasy semua ada, ikut pelanggan. Sesiapa yang jenis berhibur dan ikut kawan yang ambil dadah, sudah pasti mereka boleh jadi penagih dadah dalam masa yang singkat.
"Biasalah kalau sambutan tahun baharu premis hiburan akan jadi tumpuan dan di sinilah para penagih atau pengedar dadah menjalankan aktiviti mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Isnin.
Justeru beliau menasihati ibu bapa agar memberi perhatian serius terhadap pergerakan anak-anak mereka sama ada di sekolah atau pun di pusat hiburan agar tidak terbabit dalam kegiatan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Asri berkata pihaknya telah membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra dekat sini semalam dan menjalankan ujian saringan air kencing ke atas 115 pengunjung lelaki serta 56 wanita yang sedang leka meraikan ulang tahun penubuhan premis terbabit.
Serbuan pada pukul 1 pagi itu (25 Dis) membawa kepada penahanan 18 lelaki dan empat wanita berumur antara 18 hingga 57 tahun yang didapati positif dadah.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai empat paket plastik mengandungi dadah jenis ketamin, satu paket plastik mengandungi 85 biji pil Eramin 5, satu paket plastik dadah jenis Ecstasy dan satu botol Coca Cola 390 mililiter disyaki mengandungi cecair dadah.
Turut ditemui lima bungkusan plastik mengandungi lima batang rokok yang dipercayai mengandungi bahan dadah dan satu botol mengandungi dadah jenis ketamin.
Asri berkata seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang juga pengurus premis tersebut direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut manakala 22 pengunjung yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan urin daripada Jabatan Patologi.
"Polis akan jalankan siasatan ke atas pemilik premis yang membenarkan premis digunakan untuk tujuan menghisap, atau dengan kaedah lain, menggunakan sebarang dadah berbahaya," katanya.
Beliau berkata keseluruhan rampasan dadah bernilai RM6,000 dan polis tidak menolak kemungkinan bekalan dadah yang terdapat di negeri ini diperoleh dari Pulau Pinang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Kes disiasat mengikut Seksyen 13(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
PDRM cadang pinda akta berkaitan dadah selaras perkembangan semasa - Ayob Khan
PDRM mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda atau menggubal beberapa akta berkaitan hukuman dadah selaras dengan perkembangan semasa salah guna bahan terlarang itu di negara ini.
Wanita sarat mengandung, menyusu bayi, janda, 'pengkid' antara ditahan positif dadah
Seorang janda yang positif dadah jenis methamphetamine didapati masih menyusukan anak bongsunya.
Bebas 15 minit sebelum ditahan semula
Seorang wanita warga Ukraine hanya dibebaskan selama kira-kira 15 minit daripada pertuduhan mengedar dadah sebelum dia ditahan semula atas kesalahan memiliki visa yang sudah tamat tempoh.