SHAH ALAM: Sebanyak 11 buah kenderaan yang berhenti di sebuah lampu isyarat mengalami pelbagai kerosakan akibat dirempuh sebuah treler yang gagal berhenti di Persiaran Tengku Ampuan menghala Puchong, berhampiran sebuah restoran makanan segera di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan sekitar jam 12.09 tengah hari itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemuanya telah hadir membuat laporan.
"Hasil siasatan, mendapati treler tersebut tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.
"Kemalangan juga dipercayai melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Iqbal berkata, ujian urin didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati pemandu treler terbabit tiada sebarang rekod jenayah lampau.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
"Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 04 2022

Kajadian nahas di mana 11 kenderaan yang sedang berhenti di sebuah lampu isyarat dirempuh sebuah treler. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tak sempat brek, treler rempuh 11 kenderaan di lampu isyarat
Treler itu dipercayai tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut.