DUNGUN: Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Keadaan mangsa disedari oleh seorang guru lelaki kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebaik diperiksa oleh seorang guru wanita, mereka terkejut kerana mendapati terdapat kesan lebam teruk dan luka pada beberapa bahagian badan murid berkenaan sebelum membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat 11 kesan pukulan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.
"Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Baharuddin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan rotan dalam bilik solat di sebuah rumah akibat gagal memahami latihan yang diajar suspek yang juga ibu tirinya.
Katanya, mangsa juga mengakui pernah dipukul menggunakan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.
Baharuddin berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik hasil perkahwinan bapa mangsa dan arwah ibunya.
"Mangsa mempunyai seorang kakak berusia 15 tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
"Kejadian berlaku terhadap mangsa telah dilihat oleh kakaknya sementara ayah mangsa keluar bekerja sebagai pembantu kedai hardware (perkakasan)," katanya.
Susulan itu, Baharuddin berkata, polis menahan suspek berusia 30 tahun yang merupakan suri rumah kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Dungun bermula Selasa hingga Jumaat.
"Kita telah mengeluarkan Borang Pol 59 (polis) telah kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Dungun.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
![Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689249345_Takfahamlatihand.jpg)
Keadaan mangsa disedari oleh seorang guru lelaki kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah. - Gambar/ Sinar Harian
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
ZUS Coffee kerjasama dengan pelari menara nombor satu dunia
ZUS Coffee menyifatkan pencapaian luar biasa yang diraih Wai Ching benar-benar mencerminkan semangat ‘Anak Malaysia’ yang mahu diangkat oleh syarikat tersebut.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
KPM berharap daurah ini akan dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581557133_IIUM.jpg)
LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran
Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus.
![Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717829606_anaklelakikrisdayan.jpg)
Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri
Anak lelaki Krisdayanti, Azriel menerima kritikan selepas membuat pengakuan dirinya lebih memilih ibu tiri iaitu Ashanty berbanding ibu kandungnya.
![Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689249345_Takfahamlatihand.jpg)
Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri
Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya.
![JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81435760401_ChildAbuse.jpg)
JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri
Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar.
![Ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak perempuan lapan tahun Ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak perempuan lapan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617615938_kidsabuse.jpg)
Ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak perempuan lapan tahun
Polis menahan seorang wanita berusia 26 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun sehingga mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.
![Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591851043_BUNUHANAK.jpg)
Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim pada Rabu atas pertuduhan membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun di Padang Serai dekat sini, tahun lalu.
![Suami isteri direman bunuh anak tiga tahun Suami isteri direman bunuh anak tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591248849_SUAMIISTERIDIREMAN.jpg)
Suami isteri direman bunuh anak tiga tahun
Cubaan menipu mendakwa kematian anak lelaki berusia tiga tahun akibat jatuh katil tidak berhasil apabila sepasang suami isteri ditangkap semalam.
![39 peratus kes dera dilakukan ibu kandung 39 peratus kes dera dilakukan ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502093656_childabuse.jpg)
39 peratus kes dera dilakukan ibu kandung
Statistik diperoleh daripada 25,868 panggilan yang diterima menerusi Talian Kasih 15999 sepanjang tahun lepas.
!['Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri! 'Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560744002_nabila-norish-gaduh2.jpg)
'Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri!
Alamak! Dah berperang pula.
![Suri rumah mengaku tidak bersalah simbah air panas terhadap anak tiri Suri rumah mengaku tidak bersalah simbah air panas terhadap anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533901852_SURIRUMAHTAKBERSALAH.jpg)
Suri rumah mengaku tidak bersalah simbah air panas terhadap anak tiri
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat di atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak yang merupakan anak tirinya berusia 9 tahun.
![Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517562868_MatidiDera.jpg)
Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera
Mangsa yang hanya berusia 9 tahun dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing.