Tanggapan yang sering mengaitkan ibu tiri dengan sifat yang negatif mungkin tidak lagi sesuai pada masa kini apabila rekod penderaan kanak-kanak pada tahun lepas mendapati lebih 39 peratus atau 192 kes daripada 685 kes dera, dilakukan ibu kandung.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mendapati golongan bapa mencatatkan 158 kes atau 32 peratus, pihak pengasuh taska atau penjaga pusat jagaan melibatkan 29 kes (enam peratus), manakala kes yang melibatkan ibu tiri hanya tiga peratus atau 15 kes sahaja.
Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata, jumlah itu antara kes yang diperoleh daripada 25,868 panggilan yang diterima menerusi Talian Kasih 15999 sepanjang tahun lepas.
"Sepanjang tahun lepas sahaja panggilan yang diterima menerusi Talian Kasih meningkat lebih 70 peratus berbanding 15,046 panggilan tahun 2018 dan ini menunjukkan semakin ramai orang awam sedar dengan perkhidmatan yang disediakan ini.
"Panggilan tertinggi yang dicatatkan adalah melibatkan penderaan kanak-kanak dan masalah keganasan rumah tangga termasuk mangsanya melibatkan golongan lelaki," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) 'Kesedaran Kanser Kanak-Kanak' antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds (RMHC) dan Lions Club International di Rumah McDonald (RMH) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.
Pada majlis itu, Yeoh turut merasmikan Lions Wonderland yang turut dihadiri Gabenor Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Malaysia Datuk Javern Lim Chong Hee dan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds (RHMC) Malaysia Azmir Jaafar.
Sementara itu Yeoh berkata kementerian sedang membina tujuh lagi Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam usaha membantu meringankan beban pesakit dan keluarga berpendapatan rendah.
Empat Anjung Kasih yang akan dibina itu ialah di Hospital Melaka; Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah; Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor dan Hospital Seberang Prai, Pulau Pinang; yang kesemuanya dijangka siap tahun ini.
Tiga lagi Anjung Kasih iaitu dua di Hospital Putrajaya dan sebuah di Kota Kinabalu dijangka mula dibina tahun ini dan akan siap menjelang tahun 2021.
Sejak ditubuhkan pada 2006 hingga kini, katanya terdapat 12 Anjung Kasih YKN beroperasi di hospital kerajaan di seluruh negara iaitu Sarawak (tiga), Pahang (dua), Selangor (dua) dan masing-masing sebuah di Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis serta Kedah.
Ia telah memberi manfaat kepada lebih 75,000 orang dengan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan kaunseling kepada keluarga pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020

Sepanjang tahun lepas sahaja panggilan yang diterima menerusi Talian Kasih meningkat lebih 70 peratus berbanding 15,046 panggilan tahun 2018. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.

Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.

PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.

Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.

Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).

Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.