Menaja kos majlis perkahwinan kali pertama adalah antara empat tawaran dalam manifesto tambahan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Barisan Nasional (BN) Kota Bharu.
Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, BN sedar di kawasan Parlimen Kota Bharu, ramai golongan muda bujang tidak mampu melangsungkan perkahwinan kerana kekangan kewangan.
"Tajaan yang diberikan kepada semua kaum itu adalah untuk perkahwinan yang pertama sahaja. Pasangan (Islam) perlu melakukan akad nikah terlebih dahulu dan perlu mendaftar dengan kita untuk diadakan majlis kenduri perdana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto tambahan itu di sini, pada Sabtu.
Selain itu, BN Kota Bharu akan meneruskan tuisyen percuma kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di lebih 50 sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Kota Bharu yang dijangka melibatkan peruntukan RM1 juta.
Bagi pasangan yang melahirkan anak sulung, mereka akan diberikan bantuan 'one off' sebanyak RM100 bagi membeli barangan keperluan bayi, katanya.
Mohamad Fatmi berkata BN Kota Bharu juga berjanji untuk menyelesaikan isu perumahan rakyat dengan membina sebanyak 5,000 rumah melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Kita berjanji semua kaum akan mendapat manfaat dengan pembinaan PPR ini,"katanya.
Manifesto BN Kelantan bertema 'Bersama Demi Kelantan' mengandungi tujuh jaminan utama buat seluruh lapisan rakyat Kelantan dalam 60 tawaran dilancarkan oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Khamis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, hari penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.
Di PASIR PUTEH, pembinaan Universiti Al Quran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising adalah antara 25 akujanji yang tekandung dalam manifesto tambahan BN Pasir Puteh untuk PRU14.
Bapa Angkat UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata penubuhan universiti itu bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan 125,000 huffaz pada 2030 dan menjadikan DUN berkenaan sebagai zon keilmuan.
Akujanji lain adalah menjadikan DUN Semerak sebagai kawasan industri dan mewujudkan kompleks sukan bagi menjana 50,000 peluang pekerjaan bertujuan menarik minat golongan belia yang bekerja di luar Kelantan pulang bekerja di negeri ini.
BN Pasir Puteh akan berusaha merancakkan pembangunan di sekitarnya sebagai gerbang halal serantau bagi meningkatkan tahap sosial ekonomi penduduk setempat dan membangunkan 250 lot Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mewujudkan peluang keusahawanan.
DUN Gaal pula diwujudkan zon kesenian dan kebudayaan manakala DUN Limbongan akan dibangunkan Bandar Pasir Puteh sebagai bandar kedua terbesar selepas Kota Bharu.
BN Pasir Puteh juga berjanji untuk mewujudkan Kolej Komuniti bagi menyediakan latihan kemahiran dan peluang yang lebih luas kepada anak-anak muda di parlimen tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, BN Pasir Puteh juga akan menyediakan kemudahan Wifi percuma membabitkan 40 masjid di seluruh Parlimen itu bagi menarik minat anak muda mendekati dan mengimarahkan masjid.
Manifesto tambahan BN Pasir Puteh itu dilancarkan oleh anggota Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 21 2018

BN sedar di kawasan Parlimen Kota Bharu, ramai golongan muda bujang tidak mampu melangsungkan perkahwinan kerana kekangan kewangan. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.

PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.