Ringkasan AI
- Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
- Namun jelasnya, golongan ini juga perlu bijak mencari peluang sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
- Pada masa sama, Gusmao juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan juga harus bijak merancang dan mebuktikan program yang mampu membawa golongan muda negara itu jauh ke hadapan.
Namun jelasnya, golongan ini juga perlu bijak mencari peluang sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
Ia kerana kunci kepada kejayaan Timor Leste pada masa akan datang terletak pada usaha dan visi mereka.
‘’Sudah semestinya kita memberitahu kepada generasi muda bahawa masa depan berada dalam tangan mereka dan mereka perlu bertindak sendiri tanpa perlu menunggu peluang datang kepada mereka.
‘’Pada 2014 semasa menjadi Perdana Menteri, saya sudah berpesan perkara yang sama di mana masa depan Timor Leste ditentukan oleh mereka dan mereka juga akan menentukan di mana mereka ingin membawa negara ini di masa akan datang,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika temu bual eksklusif bersama Astro AWANI sempena lawatan rasminya selama tiga hari ke Malaysia.
Pada masa sama, Gusmao juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan juga harus bijak merancang dan mebuktikan program yang mampu membawa golongan muda negara itu jauh ke hadapan.
Ini kerana golongan muda negara itu mendambakan tindakan yang realistik berbanding perancangan semata-mata.
‘’Apabila anda membuat perancangan semestinya mereka (golongan muda) mahu melihat tindakan kepada perancangan tersebut.
‘’Untuk itu sekiranya kita mampu menterjemah rancangan kepada tindakan, ia akan menajdi lebih efektif dan pastinya ia lebih baik daripada terus bercakap dan merancang,’’ katanya.
Menyentuh mengenai pelaburan asing ke Timor Leste, Gusmao berkata Timor Leste sedia memberi bantuan kepada pihak luar yang ingin melabur di sana.
Malah peluang pelaburan terbuka dan pelabur boleh memilih sektor yang dilihat berpotensi untuk diceburi.