KUALA KANGSAR: Ramai yang tertanya-tanya, tidak kurang juga meluahkan rasa kecewa, kerana tidak dapat belayar di Sungai Perak dengan menaiki Balai Gambang Cempaka Sari, di sini.
Lebih-lebih lagi ketika rancak diuar-uarkan tentang Tahun Melawat Perak 2024, semestinya ramai mata tertumpu di negeri ini bagi mencari lokasi beriadah bersama keluarga.
Difahamkan, Balai Gambang ini sudah lama tidak beroperasi. Jika dilihat di laman Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Kangsar pula, hujung tahun lalu mereka ada melawat ke sini untuk menilai tahap kerosakan.
Bagi mereka yang tidak tahu tentang sejarah Balai Gambang, ia sememangnya signifikan digunakan sebagai kenderaan air di Sungai Perak bagi tujuan pertabalan Sultan Perak.
Mengikut tradisi di negeri ini, setiap Sultan ada Balai Gambang tersendiri ketika pertabalan.
Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, Balai Gambang Cempaka Sari itu dibina khas bagi kegunaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Semasa pertabalan, ia digunakan bagi menziarah makam-makam Sultan terdahulu. Dari Pasir Salak sehingga Beting Beras Basah.
"Kerja pembinaannya dilakukan oleh JKR Perak dan UniKL Lumut pada 2015.
"Selepas pertabalan, Sultan Perak telah menyerahkan Balai Gambang kepada kerajaan negeri bagi aktiviti pelancongan di negeri ini sekitar 2017," katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, pemberian itu juga merupakan hadiah kepada rakyat, memandangkan ia dibina selepas 30 tahun pertabalan yang terdahulu.
Bagaimanapun, Nor Hisham berkata, difahamkan Balai Gambang yang diurus selia oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu kini tidak lagi beroperasi.
"Sebelum ini pihak JKR ada tinjau dan periksa kerosakan di situ, tetapi sampai sekarang tiada sebarang kerja pembaikan.
"Tahun ini Tahun Melawat Perak dan tidak sedap dipandang jika jadi perkara sedemikian.
"Permintaan pelancong memang mengalakkan lagi-lagi cuti sekolah, sayang jika dibiar begitu sahaja," katanya.
Dalam pada itu, usaha Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dalam memperkenal jejak pelayaran sungai di situ akan terbantut jika Balai Gambang terhenti begitu saja.
"MPKK sudah cuba usahakan buat trail river cruise di sepanjang Sungai Perak di sini sampai ke Jambatan Victoria, mereka sudah letak papan tanda setiap kampung.
"Termasuk lokasi penggambaran yang sinonim di sini, ia sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan dan ekonomi setempat," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Feb 18 2024
Menurut Nor Hisham, Balai Gambang Cempaka Sari ini dibina khas bagi kegunaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto ihsan Nor Hisham Zulkiflee
Percepat siasatan penemuan objek disyaki bom di Pulau Sibuan
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal turut meminta supaya tindakan pelupusan objek yang disyaki bom itu dipercepatkan.
Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia masih dalam tindakan pengesahan.
SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000
SPRM Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000.
Lima substrategi NACS berjaya dicapai sejak dilancarkan tahun lepas - SPRM
Sebanyak lima daripada 60 substrategi di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 telah dicapai.
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan
Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan.
Pekerjaan baharu: Peningkatan kemahiran diperlukan segera -- WEF
Kemajuan teknologi, perubahan demografi, ketegangan geoekonomi dan tekanan ekonomi adalah pemacu utama terhadap perubahan ini yang mengubah semula industri dan profesion di seluruh dunia.
Pantau Agenda Reformasi: ASEAN25 | Tahun Melawat Malaysia 2026 pacu sektor pelancongan
Ikuti ulasan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor berkaitan potensi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memacu Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan negara.
Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor.
'Railway To See Malaysia' jayakan Tahun Melawat Perak 2024
Penumpang memperoleh pengalaman menaiki tren konvensional menggunakan lokomotif diesel yang kini tidak lagi digunakan di laluan Utara.
Taman ESCAPE Ipoh dibuka April depan, jangka tarik 200,000 pengunjung setahun
Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE (ESCAPE) Ipoh berkeluasan 59 hektar di sini akan mula dibuka kepada orang ramai April depan.
Kempen 'Travel, Visit and Stay Green 2.0' perkasa ekopelancongan Perak
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kempen tersebut juga sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Perak bersempena Tahun Melawat Perak 2017.
Cukai pelancongan tidak jejas sambutan Tahun Melawat Perak 2017 - Exco
Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat tidak memberi kesan kepada kerajaan Perak untuk menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.