Salah satu punca utama tekanan dari kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ia menyebabkan golongan tersebut sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan untuk menampung kos kehidupan semasa.
"Kalau setakat ada SPM sahaja, tiada diploma, sarjana dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapatkan pekerjaan yang beri pendapatan yang baik.
"Kita perlu tingkatkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang ada kelulusan tambahan," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.
Ia sebagai menjawab soalan tambahan daripada Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), yang ingin tahu sama ada penilaian kos sara hidup di Malaysia disandar dengan standard kehidupan yang bersesuaian.
Tambah Najib, pendidikan peringkat sekolah selama 11 tahun tidak memadai untuk mendapat kehidupan selesa sekiranya tidak memikirkan sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup.
Katanya, sekiranya lebih ramai rakyat memiliki kelulusan tinggi atau menjadi usahawan, ia pada masa sama turut dapat membantu kepesatan negara.
Beliau menyeru supaya menanamkan dalam minda rakyat untuk terus mencari dan mendapatkan kelulusan serta kemahiran yang lebih tinggi.
Sementara itu, Najib menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM400 juta pada tahun lepas kepada kerajaan negeri Kelantan, antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Beliau berharap peruntukan itu dimanfaat dan diagihkan sebaiknya kepada kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri tersebut.
Ia berhubung soalan tambahan yang diajukan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas), iaitu sama ada kerajaan sedia membantu pelaksanaan program 'Dapur Hijau' dan bercadang untuk memperluaskannya ke seluruh negara.
Program 'Dapur Hijau' dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan pada tahun lepas dalam usaha menggalakkan budaya bercucuk tanam dan perusahaan dalam bidang pertanian dalam kalangan rakyat negeri tersebut.
Israr Khalid
Wed Mar 30 2016
NAJIB: Kalau setakat ada SPM sahaja, tiada diploma, sarjana dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapatkan pekerjaan yang beri pendapatan yang baik. - Gambar fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
KKMM akan pastikan perkhidmatan telekomunikasi sesuai dengan bayaran - Annuar
Annuar mengambil maklum mengenai kos yang perlu ditanggung oleh rakyat untuk membiayai bil bulanan.
KETENGAH salur bantuan kewangan tanggung kos pengurusan jenazah
Bantuan yang disalurkan itu adalah sumbangan daripada keuntungan operasi anak syarikat dibawah KETENGAH.
Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.
Kos haji dijangka naik ke RM25,000
Peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan SOP norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19.
Syarikat insurans perluas bantuan tunai bagi komplikasi pemvaksinan COVID-19
Perlindungan termasuk kos dimasukkan ke hospital yang diperlukan dan munasabah dari segi perubatan, susulan kesan sampingan pemvaksinan COVID-19.
MHL diteruskan walaupun kos dijangka cecah RM2 juta - KHM
Peningkatan kos berlaku kerana pihaknya perlu mengikut SOP yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan saingan liga yang dijadualkan bermula 11 Mac hingga 3 April ini.
FMM: Ordinan Darurat perlu permudah sektor perniagaan, kekal keyakinan pelabur
Ia penting pada masa ini supaya perniagaan berupaya mengekalkan operasi, merangsang pemulihan perniagaan dan memelihara sumber pendapatan rakyat.
Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.