KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) komited dalam menjayakan penganjuran Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 walaupun kosnya dijangka boleh mencecah RM2 juta.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata peningkatan kos itu berlaku kerana pihaknya perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan saingan liga yang dijadualkan bermula 11 Mac hingga 3 April ini.
Di bawah gelembung MHL, semua pemain, jurulatih dan pegawai terlibat akan ditempatkan di penginapan yang sama dan tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan pihak di luar gelembung itu.
"Saya rasa angka RM300,000 itu tidak betul, bayangkan nak bagi tidur hotel, makan minum, pengangkutan, semuanya perlu dijaga serapi-rapinya untuk menunjukkan kita yang terbaik. Kita akan buat apa sahaja yang kerajaan minta kita buat (untuk membuktikan) kita boleh anjurkan liga dengan jaya, tanpa sebarang masalah, dan kita boleh jadi model peranan bagi mana-mana sukan di negara ini.
"Mungkin makan belanja RM2 juta... Kita terpaksa bertungkus-lumus untuk cari penaja seperti penginapan, selain bantuan besar daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Macam mana sekalipun, ia (MHL) akan berlangsung pada Mac ini," katanya pada sidang media mengenai pengumuman Pusat Latihan Program Khas Akar Umbi di Stadium Hoki Nasional, di sini semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata kos bagi gelembung MHL untuk menempatkan kira-kira 600 orang di penginapan yang disediakan bermula 10 Mac dianggarkan sekitar RM300, 000.
Sementara itu, Subahan juga yakin pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi pelepasan kepada pemain berstatus pelajar untuk menyertai MHL kali ini di sebalik kerisauan mengenai pandemik COVID-19.
"Insya-Allah kita akan maklumkan dalam masa terdekat (mengenai persetujuan KPM), tapi saya rasa tak ada masalah kerana KPM pun rakan kongsi kita bersama-sama MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya.
Beliau juga mengesahkan bahawa kesemua lapan pasukan bagi kategori lelaki dan enam pasukan bagi kategori wanita yang telah mendaftar akan meneruskan penyertaan mereka.
Bagi kategori lelaki, juara bertahan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara, Nurinsafi Hockey Team dan Sabah telah mengesahkan penyertaan sebelum ini.
Kategori wanita pula dibarisi oleh PKS UniTen, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian, Sabah, Young Tigress dan UniKL Ladies.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021
![MHL diteruskan walaupun kos dijangka cecah RM2 juta - KHM MHL diteruskan walaupun kos dijangka cecah RM2 juta - KHM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614089683_PemainSeniorHoki.jpg)
Subahan mengesahkan bahawa kesemua lapan pasukan bagi kategori lelaki dan enam pasukan bagi kategori wanita yang telah mendaftar akan meneruskan penyertaan mereka. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713612605_SubahanKamal.jpg)
KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.
![Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708167265_Hoki.jpg)
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.
!['Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan 'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702785776_TBSubahanKamal.jpg)
'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman.
![Arul sedia terima sebarang keputusan KHM Arul sedia terima sebarang keputusan KHM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705981080_TBArulSelvaraj.jpg)
Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.
![MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.
![Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023 Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702715840_TBSubahanKamal.jpg)
Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.
![Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701380149_penajaminumantenag.jpg)
Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.
![Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675030918_SubahanKamal.jpg)
Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut
Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.
![Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699157010_TBSubahanKamal.jpg)
Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.
![Bukan sebab dendam jika pilih kewarganegaraan Indonesia - Dharma Raj Bukan sebab dendam jika pilih kewarganegaraan Indonesia - Dharma Raj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683257082_MuhammadDharmaRaj.jpg)
Bukan sebab dendam jika pilih kewarganegaraan Indonesia - Dharma Raj
Faktor dendam tidak sesekali akan mempengaruhi bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam memuktamadkan tawaran menjadi warganegara Indonesia.