KUALA LUMPUR: Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19.
Justeru katanya, SOP baharu nanti dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji.
"Kos bagi ibadah haji bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM22,900 bagi setiap jemaah. Dengan kenaikan 15 peratus VAT, kita jangka kos naik ke RM25,000.
"Bagaimanapun sehingga kini TH belum menerima sebarang kepastian mengenai ibadah haji tahun ini. TH menjangkakan SOP dan protokol musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
"Jadi sebarang pertambahan kos melibatkan perkhidmatan atau cara pengendalian baru belum dapat dijangkakan buat masa ini," katanya pada sidang media di Menara TH, pada Jumaat.
Ditanya sama jemaah perlu menanggung bayaran peningkatan kos tersebut, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan berikutan tiada perincian SOP yang diterima daripada Arab Saudi setakat ini.
"Oleh sebab belum ada kata putus, kita belum tetapkan lagi (ditanggung atau tidak). Apabila sudah ada (SOP) kita akan umumkan bayaran haji," jelas beliau.
Untuk rekod, sejak 2009 bayaran bagi jemaah haji muassasah TH yang menunaikan haji kali pertama adalah sebanyak RM9,980 di mana kos selebihnya ditanggung subsidi kerajaan.
Sinar Harian
Fri Mar 26 2021
![Kos haji dijangka naik ke RM25,000 Kos haji dijangka naik ke RM25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600428156_tawaf.jpg)
Sejak 2009 bayaran bagi jemaah haji muassasah TH yang menunaikan haji kali pertama adalah sebanyak RM9,980 di mana kos selebihnya ditanggung subsidi kerajaan. - Gambar fail
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730088442_LimHuiYing.jpg)
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718603504_tbSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
![Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718346031_AnwarIbrahim.jpg)
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
![Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717928707_kaabahhajiarabs.jpg)
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
![Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
![Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715944370_tbjemaahhajiTH.jpg)
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
![Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715726187_JemaahHaji.jpg)
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.