KUALA LUMPUR: Pakar-pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecewa dengan keputusan Malaysia untuk menghantar pulang lebih 1,000 tahanan warga Myanmar, termasuk kanak-kanak dan wanita meskipun perintah mahkamah dikeluarkan untuk menghalang langkah tersebut.
Mereka mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia menentang perintah mahkamah serta melanggar norma undang-undang antarabangsa kerana gagal menjalankan penilaian risiko terhadap setiap satu kes tahanan warga Myanmar sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal.
“Kanak-kanak tidak patut diasingkan daripada keluarga mereka, atau dihantar pulang tanpa menentukan sama ada keputusan itu adalah untuk kebaikan mereka,” tegas pakar-pakar tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut pakar-pakar PBB itu, proses identifikasi dan analisis terhadap perlindungan migran-migran berkenaan tidak dilakukan secukupnya sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko eksploitasi setelah tiba di negara mereka.
Mereka menggesa supaya pihak berkuasa menilai keadaan baki warga Myanmar yang tidak dihantar pulang dan memastikan mereka dilindungi.
Pada Selasa, 1,086 tahanan warga Myanmar dihantar pulang selepas Mahkamah Kuala Lumpur mengarahkan supaya penghantaran itu ditangguhkan.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen tidak menjelaskan sama ada keputusan itu dibuat sebelum atau selepas arahan penangguhan dikeluarkan mahkamah.
Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan mendakwa bahawa tahanan tersebut dihantar pulang secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.
Proses penghantaran menggunakan tiga buah kapal Tentera Laut Myanmar melalui Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
Mahkamah Tinggi pada Rabu mengeluarkan perintah sementara yang melarang penghantaran tahanan Myanmar yang berkuat kuasa sehingga 9 Mac ini.
Sejak awal bulan ini, angkatan tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa dan mengisytiharkan perintah darurat selama 12 bulan selepas pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi ditahan.
Nailah Huda
Thu Feb 25 2021
![Tahanan Myanmar dihantar pulang tanpa penilaian risiko - Pakar PBB Tahanan Myanmar dihantar pulang tanpa penilaian risiko - Pakar PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614230679_TBJIMMYANMARx.jpg)
Pada Selasa, 1,086 tahanan warga Myanmar dihantar pulang walaupun Mahkamah Kuala Lumpur mengarahkan supaya penghantaran itu ditangguhkan. Foto - Facebook Jabatan Imigresen
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Myanmar lanjut tempoh darurat enam bulan lagi Myanmar lanjut tempoh darurat enam bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722504970_SulePagoda.jpg)
Myanmar lanjut tempoh darurat enam bulan lagi
Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi.
![Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721905873_TBMohamadHasan.jpg)
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah dalam negara itu, yang kini sudah menjadi isu dalam rantau ASEAN.
![Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara di Myanmar antara fokus utama AMM - Mohamad Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara di Myanmar antara fokus utama AMM - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721816864_MohamadHasanMesy.jpg)
Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara di Myanmar antara fokus utama AMM - Mohamad
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
![Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720520541_JailGeneric.jpg)
Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi
Tokyo pada Selasa menggesa Myanmar agar segera membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan penjualan beras.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.
![Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712749007_TBrefugees.jpg)
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
![Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713498512_ASEANflag.jpg)
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
![ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664963100_SaifuddinAbdullah.jpg)
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.