KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurutnya, penubuhan TPNS itu bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan mahupun luar negara.
"Kerajaan negeri telah menubuhkan TPNS yang akan dilancarkan bulan depan. Penubuhan TPNS adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023.
"Usaha berkenaan juga selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat negeri di Pusat Konveksyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.
Pada Disember 2021, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan dana untuk Pendidikan di Sabah dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Sebelum ini, tambah Hajiji, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) menyokong penuh pembangunan pendidikan negeri termasuk menyediakan bantuan khas pendidikan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI)
Dalam pada itu, Ketua Menteri meminta semua warga pendidik di Sabah agar terus menjadi tonggak yang kukuh dalam melahirkan kemenjadian murid dan menyokong kepada membina Sabah Maju Jaya melalui sistem pendidikan sejahtera serta berkualiti.
Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepada Datuk Nuinda Alias manakala Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Madaile Basri.
Astro Awani
Mon May 23 2022

Hajiji (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Tokoh Guru 2022, Datuk Nuinda Alias (dua dari kanan) dan Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan, Madaile Basri pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat negeri di SICC pada Isnin. - JKM.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.