Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan menjual tanah Tun Razak Exchange (TRX) selepas beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin pembangkang bersetuju dengan perkara tersebut.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata tanah yang dibeli pada nilai RM177.5 juta itu bakal dibangunkan oleh anak syarikat Tabung Haji, TH Properties bagi membina pangsapuri.
Ujarnya, nilai pembangunan kasar (GDV) tanah berkenaan dianggarkan RM820 juta.
"Tanah itu sebelum ini bernilai RM177.5 juta, sekarang RM250 juta. Bila kita bawa dalam Parlimen, malah bukan setakat BNBBC, ada juga pembangkang usulkan tidak perlu jual, tanah itu berharga.
"TH Properties diberi mandat membangunkan bangunan pangsapuri," kata Abdul Azeez pada sidang media selepas pengumuman bonus tahunan TH bagi tahun kewangan 2015.
Tambahnya, nilai tanah di TRX sebelum ini berharga RM2,700 satu kaki persegi, kini meningkat kepada RM3,100 satu kaki persegi.
Pada Jun 2015, Tabung Haji membuat keputusan untuk menjual tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menghentikan persepsi buruk terhadap isu itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga memberitahu Dewan Negara yang proses pembelian tanah di TRX berasaskan landasan perniagaan dan tiada unsur lain mempengaruhi keputusan itu.
"Untuk proses pembelian TRX, ia dibuat sepenuhnya berdasarkan kepada landasan perniagaan dan mematuhi syariah. Itu sebabnya proses pembelian dibuat dengan begitu rapi walaupun tawaran bermula Mei 2013 namun proses membelinya pada 2015," tambah Jamil Khir.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Feb 04 2016
![Tabung Haji batal jual tanah TRX, mahu bangunkan pangsapuri Tabung Haji batal jual tanah TRX, mahu bangunkan pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61454579047_AbdulAzeezAbdulRahim.jpg)
ABDUL AZEEZ: Tanah yang dibeli pada nilai RM177.5 juta itu bakal dibangunkan oleh anak syarikat Tabung Haji, TH Properties bagi membina pangsapuri. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692591837_AbdulAzeezAbdulRa.jpg)
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
![Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684488867_AbdulAzeezAbdulRa.jpg)
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
![Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681124613_AbdulAzeezRahim.jpg)
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
![Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633514409_AbdulAzeezRahim.jpg)
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
![Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022 Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662270498_TBNAJIBPENJARA.jpg)
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
![Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670581630_AbdulAzeez.jpg)
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
![Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670554338_AbdulAzeez.jpg)
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
![Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663912523_azeezrahim.jpg)
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
![Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662545581_AbdulAzeezAbdulRa.jpg)
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
![Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645081301_azeezrahim.jpg)
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.