Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM6 juta bagi proses membasmi kuman dan menyediakan peralatan di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, selain itu prosedur operasi standard (SOP) tabika dan taska Kemas kini menetapkan sistem kedatangan secara bergilir iaitu hanya 50 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang hadir dalam sehari berikutan saiz tabika dan taska Kemas yang terhad bagi membolehkan jarak sosial diamalkan.
"Murid tabika dan taska hadir ke kelas selang sehari. Bagi murid tabika yang berusia lima dan enam tahun, kelas dalam talian selama empat jam akan dijalankan kepada mereka yang tidak hadir ke kelas," katanya kepada pemberita selepas melawat Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya di Presint 11 di sini, hari ini.
Mengulas mengenai peruntukan berkenaan, Abd Latiff berkata ia melibatkan kos disinfeksi di semua 520 taska Kemas yang menempatkan 9,575 kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun dan 10,910 tabika Kemas di seluruh negara yang melibatkan 218,177 kanak-kanak.
Kos itu termasuk penyediaan penyukat suhu (termometer), cecair pembasmi kuman, pelitup separuh muka serta peralatan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi.
Mengenai penggiliran kehadiran di tabika Kemas Bunga Raya Presint 11 pada hari ini, Abd Latiff berkata daripada jumlah keseluruhan 113 kanak-kanak, hanya 46 yang hadir hari ini.
"Tabika ini mempunyai empat kelas dan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas, setiap kelas menempatkan sehingga 28 orang, namun kini jumlahnya dikurangkan kepada 15 kanak-kanak sahaja," katanya.
Bagi taska Kemas pula, daripada jumlah keseluruhan 35 kanak-kanak hanya 22 mendaftar untuk hadir semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kedatangan hari ini ialah 16 orang.
Pada hari pertama pembukaan semula tabika dan taska Kemas hari ini beliau menyaksikan para guru mengajar kanak-kanak menggunakan cecair pembasmi kuman selain diberitahu supaya tidak memasukkan jari ke dalam mulut.
Dalam perkembangan lain, Abd Latiff berkata, KPLB sedang menimbang untuk mewujudkan tabika Kemas swasta untuk golongan M40 memandangkan permintaan bagi tabika Kemas sangat tinggi khususnya di Putrajaya yang mempunyai ramai pasangan bekerja.
"Ada ibu bapa yang hilang kelayakan untuk menghantar anak ke tabika kemas kerana mungkin suami seorang pegawai dan isteri seorang kakitangan sokongan. Jadi mereka tidak termasuk dalam senarai B40 untuk membolehkan mereka menghantar anak ke Tabika Kemas yang kini mengenakan bayaran RM20 sebulan. Mungkin Putrajaya akan menjadi perintis bagi tabika Kemas swasta yang akan mengenakan bayaran lebih rendah berbanding tabika swasta lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020

Kanak kanak menghadiri sesi pembelajaran pada hari pertama tabika dan taska dibuka semula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya, Presint 11, Putrajaya, hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Saranan Duterte, cuci pelitup muka guna minyak tanah cetus kekhuatiran
Beliau menyatakan perkara itu sebelum ini dan mengulanginya lagi minggu lepas, dan menegaskan, beliau tidak bergurau.

Tabika, taska Kemas jalani disinfeksi, amal kedatangan bergilir
SOP tabika dan taska Kemas kini menetapkan sistem kedatangan secara bergilir iaitu hanya 50 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang hadir dalam sehari.