KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Dr Syed Husin Ali sebagai seorang sahabat, pemikir, dan guru beliau.
Mengakui sayu dan terkesan dengan pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu, Anwar yang juga Presiden PKR turut menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh perjuangan parti.
"Saya amat terkesan tatkala saudara Syed Husin adalah watak yang amat rapat dan senantiasa menjadi rujukan dalam pelbagai hal yang mendesak.
"Takziah kepada keluarga almarhum dengan doa agar kuat dan tabah menerima ujian berat ini," katanya dalam hantaran di media sosialnya.
Terdahulu jenazah Syed Husin selamat dikebumikan pada 11.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara di sini.
Anak Allahyarham, Muhammad Ali berkata bapanya didiagnosis menghidap kanser pankreas pada April lepas, namun keadaan kesihatan dan faktor usia yang hampir mencecah 88 tahun menyebabkan rawatan intensif tidak dapat dibuat.
Syed Husin yang dilahirkan di Johor pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi pada 1985 hingga 1990.
Beliau dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan dengan Sabariah Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Anwar turut menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh perjuangan parti. - Gambar FB Anwar Ibrahim
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Dr Syed Husin Ali sebagai seorang sahabat, pemikir, dan guru beliau.
Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU
Semuanya bermula apabila dia makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat.