KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd, telah diberikan kebenaran oleh Mahkmamah Tinggi di sini untuk menyampaikan writ saman kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melalui akhbar tempatan.
Peguamnya, Elyse Ng berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozana Husin membenarkan permohonan anak guamnya ketika pengurusan kes pada Jumaat lepas.
"Syarikat itu tidak dapat menyampaikan salinan writ saman dimeterai dan pernyataan tuntutan terhadap Mohamed Azmin secara peribadi sehingga kini walaupun banyak percubaan dibuat. Oleh itu, kami telah memohon kepada mahkamah pada 24 April, untuk menyerahkan kertas kausa ke atasnya melalui penyampaian ganti.
"Susulan itu, kami diarahkan oleh mahkamah supaya menyampaikan kertas kausa ke atasnya dengan menyiarkan notis itu di akhbar tempatan. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 16 Mei," kata peguam itu.
Penyampaian ganti penyerahan dokumen dalam litigasi awam adalah dalam bentuk surat, iklan yang disiarkan dalam akhbar dengan edaran nasional atau apa-apa kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian defendan kerana penyerahan dokumen secara peribadi tidak dapat dilakukan.
Syarikat itu mendakwa defendan telah memfitnah syarikat dalam ceramah politik bertajuk "Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman" di Taman Melewar, Gombak pada 11 Mac lepas, dan kata-katanya diterbitkan oleh media cetak dan elektronik, termasuk YouTube.
Menurut syarikat itu, dakwaan Mohamed Azmin adalah tidak benar kerana syarikat tidak pernah terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang rundingan langsung oleh kerajaan Malaysia.
Ia berkata tindakan Mohamed Azmin berniat jahat dan bertujuan untuk merosakkan imej dan reputasi plaintif serta untuk mendapatkan publisiti murahan untuk kepentingan politik.
Selain memohon injunksi untuk menghalang defendan atau mana-mana ejen atau pekerjanya daripada terus bercakap atau menerbitkan sebarang kenyataan fitnah terhadap syarikat, ia juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Syarikat itu mendakwa Mohamed Azmin telah memfitnah syarikat dalam ceramah politik bertajuk "Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman" di Taman Melewar, Gombak pada 11 Mac lepas. - Fail/BERNAMA
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Syarikat pengimport telur dibenar sampai writ saman kepada Azmin melalui akhbar
Sebuah syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd, telah diberikan kebenaran oleh Mahkmamah Tinggi untuk menyampaikan writ saman kepada Azmin melalui akhbar tempatan.