Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata geran yang ditawarkan itu khusus untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan serta merancakkan semula industri, dan bukannya bagi penerbit menyimpan ia sebagai 'stok'.
"Kami mohon penerbit jangan 'peram' apabila mereka dapat geran untuk sengaja melambatkan proses penerbitan... kalau ada sebab, tak ada masalah. Kita tak mahu letakkan geran ini sebagai salah satu stok dalam penerbitan mereka.
"...kerana kami tahu ada sesetengah penerbit memang sedia ada projek sedang berjalan dengan stesen televisyen, mungkin mereka dapat di luar daripada pelan PELAKSANA ini, cuma kami mohon kalau mereka sudah stabil, bagilah peluang kepada orang lain," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini pada Isnin.
PELAKSANA dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah pada Julai lepas, dengan tumpuan membantu dan memberi suntikan dana kepada penggiat industri bermula Julai hingga Disember depan.
Saifuddin dilaporkan berkata suntikan dana tersebut mampu membantu syarikat perfileman untuk meneruskan semula penggambaran selain membayar hutang yang tertangguh setelah tidak dapat menjalankan penggambaran selama berbulan lamanya ekoran pandemik COVID-19.
Ditanya mengenai sambutan terhadap insentif berkenaan, Ahmad Idham berkata ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada syarikat penerbitan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

AHMAD IDHAM: Kami mohon penerbit jangan 'peram' apabila mereka dapat geran untuk sengaja melambatkan proses penerbitan. - Gambar fail

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.

Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.

PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya.

PRU15: GTA Negeri Sembilan calonkan Ahmad Idham tanding di PD
Mohamad Jani berkata, nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas itu telah dibawa ke peringkat pucuk pimpinan.

Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.

Ahmad Idham, Eizlan Yusof sumbang khidmat negara - Saifuddin Abdullah
Daripada jawatan JUSA B, Ahmad Idham turun ke Gred 54 sementara Eizlan tidak dibayar gaji, jelas Saifuddin Abdullah.

Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.

Syarikat penerbitan 'peram' geran PELAKSANA berdepan pembatalan insentif
Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.

Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.

Ahmad Idham tinggalkan Finas bukan kerana kontroversi Netflix - Gobind
Gobind Singh Deo tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.

Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.