PUTRAJAYA: Sebuah syarikat menjual produk makanan tambahan kesihatan didenda RM5.15 juta atas kesalahan pengubahan wang haram serta mempromosikan dan menjalankan aktiviti jualan langsung tanpa lesen sah.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin lepas.
Denda sebanyak RM150,000 telah dikenakan di bawah kesalahan Seksyen 4 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP 1993) kerana menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen sah manakala denda RM5 juta lagi atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana menerima wang berjumlah RM450,000 hasil daripada aktiviti haram.
Syarikat tersebut didakwa atas enam pertuduhan menerima wang berjumlah RM450,000 hasil aktiviti haram daripada urus niaga jualan langsung tanpa lesen sah, melibatkan tiga akaun semasa syarikat di tiga bank berbeza.
Syarikat itu yang dituduh di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 17 Sept 2017 hingga 21 Nov 2018.
Bagi kesalahan mempromosikan dan menjalankan aktiviti jualan langsung tanpa lesen sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), syarikat itu didakwa telah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 4 AJLSAP 1993.
Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Okt 2018 kira-kira pukul 11.30 malam, di sebuah premis di Kuala Lumpur.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDNHEP Syazwani Zawawi bagi kesalahan di bawah AJLSAP 1993, manakala Rohaiza Zainal pula bagi kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata sepanjang tempoh 2016 hingga 2021 kementerian telah melaksanakan tindakan ke atas beberapa kes melibatkan jualan langsung dan skim antipiramid sehingga peringkat pelucuthakan dengan nilai RM55.99 juta dan denda sebanyak RM17 juta.
"KPDNHEP akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen yang sah serta aktiviti skim piramid yang menyalahi undang-undang ini.
"Pengguna diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan aktiviti jualan langsung tanpa lesen yang sah atau berunsurkan skim piramid ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
![Syarikat jualan langsung didenda RM5.15 juta Syarikat jualan langsung didenda RM5.15 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633771560_TBCourtHammer.jpg)
Syarikat itu yang dituduh di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 17 Sept 2017 hingga 21 Nov 2018. - Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Syarikat jualan langsung didenda RM5.15 juta Syarikat jualan langsung didenda RM5.15 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633771560_TBCourtHammer.jpg)
Syarikat jualan langsung didenda RM5.15 juta
Sebuah syarikat menjual produk makanan tambahan kesihatan didenda RM5.15 juta atas kesalahan pengubahan wang haram serta mempromosikan dan menjalankan aktiviti jualan langsung tanpa lesen sah.
![Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 jual gelang cegah COVID-19 Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 jual gelang cegah COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595643588_ISKANDARHALIMSULAI.jpg)
Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 jual gelang cegah COVID-19
Sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita iaitu ejen sebuah syarikat jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan berkenaan.