Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, suspek seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di Kajang, Selangor.
"Suspek ditahan di rumah kenalannya di Kajang, Selangor kira-kira jam 1.30 pagi pagi tadi dan akan direman pagi ini.
"Proses permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri.
Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan dengan mangsa yang berusia 26 tahun menerima rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar.
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa itu tidak mengenali suspek.
Setakat ini, tujuh orang saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.