Lelaki yang menikam abang kekasihnya hingga mati Ahad lalu direman tujuh hari hingga Rabu depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi terhadap suspek berusia 29 tahun dari Kampung Baloh, Manir, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi.


Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah IPD Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu di tepi jalan di Kampung Petai Bubus, Manir.

Ketika ditahan, suspek yang berada dalam keadaan letih dan lesu dipercayai keluar mencari makanan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Ahad lalu di kawasan parkir Kompleks Darul Iman, seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya selepas rahsia statusnya yang sudah berkahwin terbongkar.