AMPANG JAYA: Seorang lelaki dipercayai menunggang secara melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal Ducati, 14 Jun lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan lelaki berumur 41 tahun dari Kajang, Selangor itu sebelum ini telah dirakam keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.
"Suspek sebelum ini telah dirakam keterangan pada 16 Jun lalu selepas tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian.
"Suspek akan dihadapkan ke hadapan Majistret Mahkamah Ampang Jaya pada Isnin, jam 8.30 pagi untuk pertuduhan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
14 Jun lalu, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang di sini.
Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.
Mangsa kemudian melanggar penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter.
Sebelum ini, polis sudah merakam percakapan enam saksi termasuk suspek selain kedua-dua motosikal iaitu milik mangsa dan suspek dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023

14 Jun lalu, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang. - Gambar fail/Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU
Seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Ducati bulan lalu, mengaku OKU.

Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM
Rakaman kamera litar tertutup membabitkan nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia untuk penelitian lanjut.

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas
Prolintas menegaskan reka bentuk Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) termasuk di kawasan selekoh jejambat memenuhi spesifikasi.