AMPANG: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membabitkan nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk penelitian lanjut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tiada tangkapan setakat ini bagi kes terbabit.
"Rakaman CCTV di lokasi kejadian telah diteliti dan telah dihantar ke makmal forensik PDRM untuk kajian.
"Bedah siasat mangsa juga telah selesai dijalankan di Hospital Ampang pada Khamis dan jenazah telah diserah kepada waris. Sebab kematian mangsa adalah 'multiple injuries due to road traffic crash'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kejadian dan saksi untuk tampil salurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian pada Rabu, mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam kejadian itu, mangsa yang melalui jalan berselekoh di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.
Mangsa bagaimanapun telah melanggar penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikal yang ditunggangnya telah terseret ke tengah jalan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.
Sinar Harian
Fri Jun 16 2023
![Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686899715_PenunggangDucati.jpg)
Dalam kejadian itu, mangsa yang melalui jalan berselekoh di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus. - Gambar fail
![Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
![Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100172_minumankeras.jpg)
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720105938_KLIAGasBocor.jpg)
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 1)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to UM's Assoc Prof Dr Roy Anthony Rogers, Deputy Executive Director (Development, Research, & Innovation), Asia Europe Institute
![Polis sahkan rangka milik 'Hafiz' Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720105371_ayah.jpg)
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
10 Berita Pilihan - (04 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688970074_TBsakitmental.jpg)
Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU
Seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Ducati bulan lalu, mengaku OKU.
![Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686899715_PenunggangDucati.jpg)
Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM
Rakaman kamera litar tertutup membabitkan nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia untuk penelitian lanjut.
![Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686809153_PenunggangDucati.jpg)
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas
Prolintas menegaskan reka bentuk Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) termasuk di kawasan selekoh jejambat memenuhi spesifikasi.