JOHOR BAHRU: "Saya tidak sangka suspek sanggup bunuh isteri dan bayi mereka kerana dia kelihatan baik dan tidak pernah menimbulkan masalah di kampung ini".
Demikian kata jiran kepada lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai mengelar leher isterinya yang baru habis berpantang dan bayi mereka berusia tiga bulan sehingga maut sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel, hari ini.
Menceritakan lanjut, Rosiamawati Ramli, 36, yang rumahnya berhadapan dengan kediaman suspek di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.
Katanya dia diberitahu oleh anak saudara mengenai kejadian berkenaan, namun tidak berani untuk melihat mangsa dari jarak dekat, kerana bimbang suspek akan kembali.
"Saya pandang rumah suspek dari atas, nampak isteri dan bayi sudah terbaring di depan rumah mereka dalam keadaaan berlumuran darah. Suspek ada pegang sesuatu, tapi saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak memakai kaca mata ketika itu.
"Selepas itu, saya nampak suspek berbogel menaiki motosikal dan meninggalkan rumahnya, saya terus hubungi ibu suspek yang berniaga (tidak jauh dari lokasi kejadian) untuk pulang ke rumah.
"Memang terkejut dan terketar-ketar tangan hendak tekan nombor telefon ibu suspek," katanya ketika ditemui di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di sini, hari ini.
BACA: Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Jelas Rosimawati, suspek seorang yang sangat baik, malah pagi semalam suspek sempat membelanja kanak-kanak di kawasan itu bersarapan pagi di warung.
"Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa.
"Memang tidak sangka dia boleh bertindak seperti itu sebab semalam baru sahaja dia sarapan di sini dan belanja budak-budak yang makan sekali di warung saya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi jiran, Hairi Hanapiah, 53, berkata suspek memang seorang yang baik dan tidak mempunyai masalah pergaulan.
"Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi.
"Memang terkejutlah sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis, Raub Selamat berkata, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd. Thakif Amir, ditemui maut di rumah mereka pada pukul 12.30 tengah hari tadi.
"Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) telah berjaya membuat penangkapan ke atas suspek lelaki tempatan yang berusia 24 tahun di Permas Jaya, dua jam kemudian.
"Suspek yang ditangkap dalam keadaan bogel menunggang motosikal seperti yang tular di sosial media. Turut dirampas adalah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Jul 04 2022

Polis berkata, suspek ditangkap menunggang motosikal dalam keadaan berbogel seperti yang tular di media sosial. - Gambar/ FB Alet Naim Nawawi

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Suspek kelar bayi, isteri lepas pantang tidak pernah timbul masalah - Jiran
Jiran yang rumahnya berhadapan dengan kediaman suspek di Jalan Dewasa, Bakar Batu, mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.