SIK: Suspek kejadian tembak seorang pegawai rendah polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di kawasan Konpartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, Sik direman enam hari.
Perintah reman bermula hari ini hingga 6 Mac dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, penahanan suspek berusia 65 tahun itu bagi membantu polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Pada Khamis, Astro AWANI melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota rendah polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang terkena tembakan di kawasan Konpartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, awal pagi Khamis.
Suspek ditahan jam 2 petang ketika hadir menyerah diri di Balai Polis Sik.
Mangsa adalah koperal polis berusia 39 tahun dari Bahagian Anti Pengganas (E8) menyertai pemantauan terbabit pada 27 Februari lalu.
Mangsa yang juga anggota cawangan khas (SB) maut dipercayai terkena tembakan ketika melaksanakan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik.
Sementara itu, Abdull Razak memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini dan keputusan hasil bedah siasat dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 01 2024

ABDULL RAZAK: Penahanan suspek berusia 65 tahun itu bagi membantu polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. -Astro AWANI

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga Ukraine
Namun beliau menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan oleh Presiden Donald Trump sebagai langkah awal ke arah keamanan.

Fenomena buih putih luar biasa cemari pantai
Pembentukan mikroalga akibat keadaan cuaca luar biasa dipercayai menjadi punca pencemaran tersebut.

Angkasawan NASA pulang selepas 9 bulan di angkasa
Kepulangan mereka menandakan berakhirnya misi angkasa yang dipenuhi ketidakpastian serta masalah teknikal.

Gegaran Basel: Fei-Din tumbang awal, Justin terus berjuang
Sze Fei-Nur Izzuddin tewas pusingan pertama Terbuka Switzerland Super 300 di Basel.

Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik
Mohd Said Bani merupakan pengamal komunikasi pertama dari Malaysia menerima anugerah itu.

"Aidilfitri tidak bermakna tanpa abah dan abang"
Nur Atiqah Qistina sebak mengenangkan kesungguhan arwah abangnya mengadakan persiapan menyambut lebaran.

Jenazah dua beranak rentung kemalangan di Tapah selamat dikebumi
Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie Abdul Aziz, 23, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai.
Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan sehingga 80,000 kenderaan
Terengganu dijangka sesak apabila menerima kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Melaka tawar parkir percuma, pengangkutan raya
Kerajaan Melaka mengumumkan parkir percuma selama tujuh hari dan pengangkutan khas untuk pelajar kelahiran Melaka yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak
Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

Suspek kejadian tembak anggota polis direman enam hari
Penahanan suspek berusia 65 tahun itu bagi membantu polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Konstabel polis didakwa bunuh rakan sekerja
Konstabel Muhamad Nur Alif didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan itu terhadap Konstabel Norhalim di sebuah rumah di Sibu antara 5.45 pagi dan 6.30 petang pada 6 Mei.

Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu
Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja di Sibu pada Khamis.

Tertembak pegawai bank, dua pengawal keselamatan ditahan
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari berkenaan, berlaku di dalam bilik pengurus.

"Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Nour Shafinar Harun berasa sangat sedih dan hiba kerana suaminya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak sempat mengetahui berita yang dia sedang hamil.

Lelaki maut tertembak diri sendiri ketika cuci senapang
Mangsa dipercayai tertembak diri sendiri di bawah dagu sebelah kiri dengan senapang jenis Benelli.

Tembakan di kepala: 'Dia anak yang baik, sangat fokus pada kerja'
Anggota polis yang ditemui dengan kesan tembakan merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga lain.

Tersilap tembak orang disangka babi, warga emas ditahan
Angkara tersalah tembak 'orang' yang disangkakan seekor babi hutan, seorang lelaki warga emas terpaksa menanggung padah apabila ditahan polis.

Konstabel polis cedera parah, tertembak mesingan sendiri
Seorang anggota polis berpangkat Konstabel mengalami kecederaan parah di dada selepas tertembak diri sendiri menggunakan submesingan.