GEORGE TOWN: Polis berjaya menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah ganja serta syabu selepas mengejar kereta Perodua Myvi dipandu lelaki terbabit dari Tanjung Tokong hingga Batu Ferringhi, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata pada 6.40 petang, anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah telah mengarahkah lelaki itu memberhentikan keretanya, namun lelaki itu bertindak memecut laju kenderaannya.
"Kejadian turut mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan beberapa kenderaan lain ketika pemandu itu cuba meloloskan kenderaannya daripada ditahan pihak polis yang mengejarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas mengejar kira-kira 10 kilometer, anggota polis berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu apabila kenderaan terbabit tersekat dalam kesesakan jalan raya di hadapan sebuah restoran di Batu Ferringhi.
Razlam berkata pemeriksaan pada beg silang lelaki itu menemukan sejumlah ganja dan syabu manakala ujian air kencing mendapati dia positif terhadap dadah jenis methamphetamine serta amphetamine.
Lelaki berkenaan yang memiliki satu rekod kes jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah, katanya kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 12 (3), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular menerusi media sosial beberapa video berdurasi 23 saat hingga satu minit 13 saat memaparkan orang ramai serta anggota polis yang menaiki motosikal mengejar sebuah kereta dipandu secara melulu dan berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Suspek memandu Perodua Myvi secara berbahaya dalam kejadian pada petang Sabtu. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.

Maut dilanggar ketika tunggu bantuan
Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di perut dan kaki serta disahkan maut di lokasi kejadian.

Suspek bawa dadah ditahan polis selepas dikejar 10 km
Polis berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu apabila kenderaan terbabit tersekat dalam kesesakan jalan raya di hadapan sebuah restoran di Batu Ferringhi.

Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri
Lelaki berusia 30 tahun tersebut didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Wanita berdepan detik cemas Myvi dihanyut arus deras
Dalam rakaman itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras.

Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang

Lelaki maut nahas Myvi-lori balak di Temerloh
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kereta Myvi.

Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta
Setakat 2 petang tadi, kerja-kerja pencarian masih diteruskan di kawasan Felda Nitar 2, yang juga lokasi mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.

5 maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Kluang
Lima termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, petang tadi.