Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1441H/2020M secara berperingkat mulai Selasa ini.
Pengurus Besar Kanan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.
“Apabila kita mengeluarkan surat tawaran ini, kita beri tempoh kepada mereka selama 30 hari untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran itu, dan dari tarikh tutup tersebut kita dapat mengetahui berapa ramai yang tolak atau tunda pemergian haji.
"Kita juga akan dapat kenal pasti jumlah kekosongan yang ada," katanya kepada Bernama.
Syed Saleh, yang juga Ketua Rombongan Haji, menjadi tetamu program bual bicara ‘Malam Ini’ terbitan Bernama Radio dan program Ruang Bicara siaran Bernama TV yang membicarakan tentang 'Pengurusan Haji : Cabaran Masa Kini' malam tadi.
Beliau berkata kekosongan berkenaan akan diisi oleh pendeposit TH yang telah mendaftar haji dan membuat rayuan untuk menunaikan Rukun Islam kelima, dengan pemilihan dilakukan berpandukan merit-merit tertentu seperti merit rayuan mahram dan rayuan lanjut usia.
"Sebagai contoh, isteri terpilih tetapi suami tidak terpilih maka suami boleh membuat rayuan untuk pergi bersama isteri dan sebaliknya. Keadaan sebegini akan diberi keutamaan, mereka yang sudah lanjut usia juga boleh membuat rayuan supaya kita dapat mempertimbangkan permohonan jika ada kekosongan.
“Rayuan juga terbuka kepada mereka yang sudah berdaftar lama. Contohnya, sebelum ni dapat tawaran tetapi terpaksa tolak atas sebab tertentu seperti kekangan kewangan, kesihatan dan sebagainya. Keutamaan diberi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah itu buat kali pertama,” katanya.
Syed Saleh berkata mulai tahun ini, TH memperkenalkan borang rayuan haji yang boleh didapati di laman web TH atau pejabat-pejabat cawangan TH bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan rayuan haji.
Katanya borang itu perlu diisi oleh setiap individu yang ingin menunaikan haji bagi membolehkan TH mengenal pasti mereka yang mencukupi syarat.
Menjelaskan bahawa TH telah menerima 100,000 surat rayuan sejak selepas berakhirnya musim haji lepas, beliau berkata mereka yang membuat surat rayuan berkenaan masih perlu mengisi borang rayuan haji.
Lebih ramai umat Islam di Malaysia berpeluang menunaikan haji tahun ini susulan kenaikan kuota rasmi negara kepada 31,600 jemaah, iaitu peningkatan 1,400 orang berbanding 30,200 jemaah tahun lepas.
Pertambahan itu adalah hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya TH dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan jumlah penduduk negara ini.
Mengenai persediaan TH untuk memastikan keselamatan bakal jemaah berikutan penularan pelbagai jenis virus masa kini, Syed Saleh berkata institusi itu sentiasa berpandukan nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berbekalkan pengalaman sebelum ini seperti penularan wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan Influenza A (H1N1), beliau berkata ia memberi TH persediaan untuk mengendalikan sebarang situasi dengan lebih baik dan bakal jemaah juga akan dinasihatkan mengambil suntikan tambahan sekiranya perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020
![Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579904859_TBSyedSalehSyedAbdu.jpg)
Syed Saleh berkata, mulai tahun ini, TH memperkenalkan borang rayuan haji yang boleh didapati di laman web TH atau pejabat-pejabat cawangan TH bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan rayuan haji. --fotoBERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im 6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735906774_TBKARNIVALHAJI.jpg)
6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
![Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000 Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705325370_Haji.jpg)
Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
![Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698222211_tbTabungPalestin.jpg)
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
![Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663665757_TBIDRISAHMADPASjpg.jpg)
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
![Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657284432_TBJEMAAHKANDAS.jpg)
Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651986625_wajahbakaljemaah.jpg)
TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji
Tabung Haji (TH) Johor akan menggerakkan dua pasukan bagi mencari baki 20 peratus penerima terpilih tawaran panggilan haji tahun ini.
![Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616254544_Mecca.jpg)
Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan.
![Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579904859_TBSyedSalehSyedAbdu.jpg)
Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat
TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.