KUALA LUMPUR: Datuk Peter Anthony pada Khamis menafikan bahawa beliau telah memperdaya Kementerian Kewangan (MOF), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkaitan surat sokongan kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata, beliau juga tidak memalsukan surat sokongan itu selain tidak memperdaya saksi pendakwaan lain iaitu rakannya Mohd Shukur Mohd Din, bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang, bekas Pengerusi Ulink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said dan bekas Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada hari kedua prosiding membela diri terhadap pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja M&E.
Sebelum ini, Najib yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 memaklumkan Mahkamah Sesyen yang mendengar kes itu bahawa beliau berasa marah kerana diperdaya berkaitan surat sokongan tersebut supaya kontrak kerja M&E di UMS yang memerlukan kelulusannya diberi kepada syarikat milik tertuduh.
Peter, 51, pula berkata beliau mempunyai akses secara terus kepada Najib, yang ketika itu Perdana Menteri, kerana Ketua Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias adalah sahabat baiknya.
Ketika disoal Wan Shaharuddin sama ada Peter pernah berjumpa sendiri dengan Najib untuk melobi syarikatnya bagi mendapatkan sesuatu projek (selain daripada yang dinyatakan dalam pertuduhan), beliau menjawab "Ya, pernah kerana syarikat saya adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan pembinaan serta mempunyai ramai pekerja.
Wan Shaharuddin: Maka Datuk mempunyai kelebihan daripada syarikat-syarikat lain untuk mendapat sesuatu projek kerana mempunyai akses kepada Perdana Menteri untuk melobi kerja tersebut.
Peter: Mungkin syarikat saya mempunyai kelebihan.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa ada syarikat secara senyap-senyap menggunakan pihak ketiga untuk mendapatkan kontrak kerja M&E menerusi tender terbuka.
Ketika disoal peguam S. Devanandah sama ada Peter dan syarikat Asli Jati Engineering mempunyai kepentingan jika mendapat kontrak kerja M&E, beliau menjawab keuntungan itu bukan hanya diperoleh syarikatnya semata-mata malah UMS sendiri akan mengaut banyak keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal.
Pembantu peribadi Peter, Imy Christopher, 36, dalam keterangannya pula mengesahkan Mohd Shukur tidak pernah datang ke pejabat tertuduh di Plaza Damai, Kota Kinabalu, Sabah dan dia tidak pernah sama sekali berjumpa dengan lelaki itu di pejabat berkenaan.
Saksi pembelaan kedua itu berkata tiada sesiapa pun selain dirinya yang boleh menggunakan komputer di pejabat Peter kerana ia mempunyai kata laluan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 18 Februari ini.
Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Peter untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
- Bernama
Bernama
Thu Feb 10 2022

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata, beliau juga tidak memalsukan surat sokongan selain tidak memperdaya saksi pendakwaan lain. - Gambar fail/ Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.

Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.

Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.

Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman
Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.

Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter
Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom.

Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk keputusan rayuan Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadapnya.

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.