PUTRAJAYA: Sebanyak 13 laporan polis telah dibuat berhubung isu suntikan vaksin kosong seperti mana yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bagaimanapun hanya satu kes disebabkan kecuaian manakala selebihnya tiada bukti yang kukuh seperti didakwa.
"Saya telah bincang dengan PDRM berkenaan perkara ini. Setakat hari ini menunjukkan bahawa laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan kes kononnya berlaku suntikan kosong dengan sindiket jualan vaksin.
"Ada siasatan dibuat sindiket jualan vaksin, polis memaklumkan setakat ini tiada kaitan kes suntikan kosong dengan penjualan vaksin.
"13 kes telahpun dibuat laporan polis. Ada beberapa kes selesai disebabkan salah faham dan telah dipadamkan media sosial pengadu," jelasnya dalam sidang media harian PICK pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bahawa terdapat satu kes melibatkan kecuaian jururawat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani baru-baru ini.
"Ada kes pengadu buat laporan polis kerana tangan tidak lenguh dan tiada kesan sampingan vaksin. Kesan sampingan ini berbeza daripada satu orang ke satu orang lain.
"Untuk kes di Sungai Petani, iaitu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, ini satu-satunya kes jururawat telah mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan jururawat tersebut.
"Amaran telah diberi kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat. Jururawat itu akan melalui tindakan tatatertib di bawah KKM," jelasnya lagi.
Manakala dua lagi kes di PPV di Banting dan MITEC, Kuala Lumpur, ujar Khairy lagi, adalah disebabkan kekeliruan petugas kesihatan apabila dos tambahan diberikan kepada penerima.
Bagaimanapun, tegas Khairy, kadar kes yang dilaporkan sangat rendah berbanding lebih 16 juta dos yang diberikan kepada rakyat ketika ini.
Justeru, beliau menyeru kepada semua rakyat agar terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus dalam peperangan menentang COVID-19.
Fareez Azman
Fri Jul 23 2021
![Suntikan vaksin kosong: Hanya satu kes kecuaian berlaku disebabkan keletihan - Khairy Suntikan vaksin kosong: Hanya satu kes kecuaian berlaku disebabkan keletihan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624855591_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy berkata, laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan kes kononnya berlaku suntikan kosong dengan sindiket jualan vaksin. - FB \ Khairy Jamaluddin
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
![Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668437191_KJKEMPEN.jpg)
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
![KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718930137_kjfahmi.jpg)
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
![KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702724238_TBKJPUTRAJAYA.jpg)
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
![Bukan rombak satu FAM Bukan rombak satu FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714438869_tbKongresTahunan.jpg)
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
![KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714136231_KhairyJamaluddin.jpg)
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
![Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712571795_TBKELUARSKJAP.jpg)
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
![KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711700190_TBpadukjjpg.jpg)
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.