KUALA LUMPUR: Lebih RM9 juta dana berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi membantu seorang bayi 10 bulan, Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.
Bapa bayi itu, Wan Aslam Zakaria, 30, berkata dana yang telah dilancarkan menerusi Misi Rakyat sejak 13 April itu bertujuan membolehkan anaknya mendapatkan suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai AS$2.1 juta (RM9.28 juta) untuk sekali seumur hidup bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu.
Katanya beliau sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas keprihatinan semua penyumbang sehingga misi untuk mengumpul dana RM9 juta bagi merawat anak bongsunya itu tercapai.
"Memang pada peringkat awal fikiran kami mustahil untuk capai jumlah dana RM9 juta, apatah lagi kami rakyat biasa yang tidak mampu untuk membeli ubat semahal itu, tapi dengan pertolongan yang tak disangka-sangka datang ini, jumlah itu dicapai.
"Saya berharap dengan sumbangan ini juga mampu memberikan kebaikan (kesembuhan) kepada Naail dan membesar seperti kanak-kanak lain. Mudah-mudahan juga apabila beliau besar nanti memberi manfaat kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial hari ini apabila video yang menyaksikan kutipan orang ramai dilakukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Misi Rakyat bagi membantu Wan Muhammad Naail telah mencecah RM9,088,404.
Wan Aslam memaklumkan Wan Muhammad Naail disahkan menghidap penyakit SMA Type 1 ketika berumur empat bulan yang menyebabkan ototnya merosot hingga sukar menelan air liur sendiri, selain memerlukan bantuan mesin pernafasan, mesin penyedut kahak dan meminum susu menggunakan tiub melalui hidung.
Ketika ini juga anaknya itu mengambil ubat Risdiplam bernilai RM40,400 sebotol setiap bulan untuk membantu mengurangkan keadaannya supaya tidak merosot otot sementara menunggu dana untuk membeli ubat jenis Gene Therapy Zolgensma yang perlu disuntik sebelum berumur dua tahun.
Mengenai perancangan seterusnya, Wan Aslam yang menetap di ibu negara berkata beliau akan berjumpa dengan pihak hospital pada hari Isnin ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur yang perlu mereka lakukan termasuk penetapan tarikh suntikan.
"Setakat ini saya dimaklumkan, biasanya prosedur (sebelum dicucuk) ia mengambil masa sebulan termasuk tempahan ubat Gene Therapy Zolgensma dari Amerika Syarikat yang mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sampai ke Malaysia selepas pembayaran dibuat. Jadi maklumat terkini akan saya kemas kini dalam media sosial saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Dana yang dilancar menerusi Misi Rakyat sejak 13 April itu bertujuan membolehkan Naail mendapatkan suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai RM9.28 juta untuk sekali seumur hidup. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sumbangan RM9 juta buat bayi Naail berjaya dikumpul
Lebih RM9 juta dana berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi membantu seorang bayi 10 bulan, Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang menghidap Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.