KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar 50 peratus ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) perlulah dianggotai golongan profesional yang pakar dalam bidang diperlukan dalam pembangunan sesebuah bandar dan bukan diisi oleh ahli politik semata-mata.
Baginda bertitah bilangan ahli majlis itu juga perlulah menggambarkan komposisi dan populasi kaum yang menetap di Bandar Klang agar semua kaum dapat diwakili.
“Beta suka mengingatkan kepada Ahli-ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datuk Bandar dan juga kakitangan Majlis Bandaraya Diraja Klang agar sentiasa memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
“Jauhilah daripada segala perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu. Tuan-tuan semua kena turun padang bagi mendekatkan diri dan melihat sendiri masalah rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka,” titah baginda pada Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di sini hari ini.
Sultan Selangor turut bertitah agar MBDK mencari kaedah dalam mengatasi masalah banjir ekoran daerah berkenaan terletak di sepanjang laluan Sungai Klang dari hulu ke hilir sebelum air sungai itu menuju ke laut.
“Pendapat pakar perlu diperoleh bagi memastikan sebarang rancangan mengatasi masalah banjir ini dapat diatasi dengan berkesan. Sekiranya berlaku air pasang besar dan diikuti dengan hujan lebat, banjir besar akan melanda sebahagian daerah Klang dan akan menjejaskan kehidupan penduduk terlibat.
"Oleh demikian, beta mengharapkan Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang mengambil serius tentang masalah ini dengan memikirkan langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya. Pelan rancangan rapi dan teratur perlu dilaksana dengan mengambil kira kedudukan Bandaraya Diraja Klang yang terletak di muara Sungai Klang," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut berharap Bandar Klang membangun ke tahap lebih cemerlang dan dikenali dengan imej bandar raya bersih di samping memiliki daya tarikan warisan bersejarah.
“Antara perlu diberikan perhatian ialah tahap kebersihan kawasan perumahan, sungai dan tebing sungai serta kemudahan prasarana yang baik.
"Beta juga berharap pihak berwajib yang diamanahkan membangunkan Klang akan terus mempromosi industri pelancongan di lokasi-lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Klang, sekali gus mampu menjana ekonomi dan pendapatan penduduk di daerah ini," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menegaskan supaya perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang segera dilaksanakan demi memastikan warga Bandaraya Diraja Klang hidup dalam keadaan harmoni dengan persekitaran selamat untuk dihuni.
"Apalah guna kita berbangga dengan pencapaian status bandar raya sekiranya masalah keperluan asas rakyat pun tidak dapat diurus dengan baik," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
![Sultan Selangor titah 50 peratus ahli majlis MBDK golongan profesional Sultan Selangor titah 50 peratus ahli majlis MBDK golongan profesional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707120609_TBSULTANSHARAFUDD.jpg)
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 Nov tahun lepas. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719649387_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.
![Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719632399_HamidinMohdAmin.jpg)
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
![MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719632758_ZainalAbidinRawop.jpg)
MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.
![MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719486442_MalaysianFootballL.jpg)
MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
![Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368015_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
![Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719388113_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan beberapa denda terhadap pasukan Selangor FC.
![JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719313668_UstazDonDaniyal.jpg)
JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal untuk mengajar, memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.
![Sultan Selangor murka, dukacita kes curi tabung masjid Sultan Selangor murka, dukacita kes curi tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719305585_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor murka, dukacita kes curi tabung masjid
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita berhubung kejadian kecurian tabung masjid di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini baru-baru ini.