SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat berkorban dengan tidak meneruskan amalan lazim Hari Raya seperti pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung, demi mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak sehingga sukar dikawal.
Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan susulan meningkatnya jumlah kes baharu COVID-19 yang sangat berbahaya, baginda menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana sederhana dan waspada.
Baginda juga menzahirkan rasa yang amat bimbang dengan angka kes jangkitan baharu dan kematian di negeri ini yang semakin meningkat setiap hari.
Baginda turut berpesan supaya rakyat jangan mengambil mudah tentang bahaya wabak tersebut dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.
Menurut hantaran itu lagi, baginda mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan pemakaian pelitup muka pada setiap masa.
Baginda juga bertitah tidak mahu melihat lebih banyak kematian akibat wabak berkenaan dan menyeru rakyat agar sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya.
Pada masa sama, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Selangor dan di Malaysia amnya.
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak," titah baginda.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
![Sultan Selangor seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana, waspada Sultan Selangor seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana, waspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620658472_TBSSELANGOR.jpg)
Baginda juga bertitah tidak mahu melihat lebih banyak kematian akibat wabak berkenaan dan menyeru rakyat agar sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719649387_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.
![Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719632399_HamidinMohdAmin.jpg)
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
![MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719632758_ZainalAbidinRawop.jpg)
MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.
![MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719486442_MalaysianFootballL.jpg)
MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
![Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368015_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
![Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719388113_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor murka keputusan MFL, kecewa dengan FAM, Presiden FAM
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan beberapa denda terhadap pasukan Selangor FC.
![JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719313668_UstazDonDaniyal.jpg)
JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal untuk mengajar, memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.