SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM), di Masjid UPM, di sini.
Majlis berbuka puasa itu dihadiri kira-kira 1,000 warga UPM, termasuk komuniti sekitar.
Ketibaan baginda disambut Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan Lembaga Pengurusan UPM.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM, kakitangan dan pelajar universiti berjumlah RM1.98 juta.
Wakaf Ilmu UPM diwujudkan sejak tahun 2012, bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, bantuan kewangan, penyelidikan, pembangunan fasiliti serta penjanaan bagi warga UPM.
Baginda yang juga Canselor UPM, turut berkenan menerima Dana Zakat RM8.17 juta yang dipersembahkan oleh Ahmad Farhan, serta Projek Dana Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM1.25 juta yang dipersembahkan Pendaftar Muhazam Mansor.
Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM158,177 daripada UPM Holdings Sdn Bhd, Koperasi UPM Bhd, dan TMJ Mesra Travel and Tours Sdn Bhd.
Baginda juga berkenan menerima Sumbangan Dana Wakaf Ambulans berjumlah RM400,000 daripada Tabung Haji yang dipersembahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman untuk kegunaan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM.
Baginda kemudian menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM21,000 kepada 30 pelajar UPM yang juga anak yatim, muallaf, Orang Kurang Upaya dan asnaf.
Sultan Sharafuddin kemudiannya turut berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama rakyat jelata.
Sementara itu, Ahmad Farhan berkata majlis berbuka puasa hari ini merupakan yang pertama dianjurkan selepas pandemik COVID-19.
Beliau berkata, selain meraikan Sultan Sharafuddin, majlis itu turut meraikan kira-kira 70 pelajar antarabangsa yang kini sedang menjalani program mobiliti di UPM.
"Saya yakin baginda tuanku berhajat untuk berjumpa dengan warga kampus dan rakyat jelata.
"Ini sebagai satu kaedah di mana baginda tuanku turun ke padang dan baginda pun dah lama tidak turun dalam bulan Ramadan," katanya kepada Bernama.
Mengenai Wakaf Ilmu UPM, Ahmad Farhan berkata, pengagihan akan dibuat selari dengan aspirasi universiti itu.
"Kita ada banyak perancangan untuk wakaf ini dan kita telah mengetengahkan satu strategi menggunakan wakaf ini untuk memberi pelajar pengalaman pembelajaran dan kehidupan yang terbaik
"Pembelajaran dalam aspek kehidupan melibatkan banyak kos dan kita yakin wakaf ini boleh membantu kalau kita bijak mengaturnya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat maghrib bersama para jemaah ketika berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM) di Masjid UPM, pada Jumaat. - Gambar Bernama

Kumpulan KHSB sasar keuntungan RM100 juta setahun menjelang 2028
Kumpulan Ketengah Holding Bhd (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sehingga RM100 juta setahun menjelang 2028.

Seorang maut, lima cedera dalam kebakaran
Seorang lelaki maut manakala lima lagi termasuk seorang wanita cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat.
AWANI Ringkas: Banjir di Johor makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.75 mata kepada 1,504.91 daripada 1,504.16 pada Khamis.

Sindiket penyeludupan migran Indonesia di Ampang tumpas
JIM menumpaskan sindiket ejen penyeludupan migran Indonesia dalam operasi khas di Ampang, Selangor pada 19 Mac.

Amalan 10 hari terakhir Ramadan yang tak patut ditinggalkan
Dalam fasa ketiga bulan mulia ini, terdapat satu malam yang begitu istimewa dipanggil sebagai lailatulqadar.
#AWANIRingkas 21 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Mac 2025
1️⃣ Banjir di Johor makin buruk
2️⃣ Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
3️⃣ Perintah Eksekutif terbaharu Trump
#awaniringkas
1️⃣ Banjir di Johor makin buruk
2️⃣ Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
3️⃣ Perintah Eksekutif terbaharu Trump
#awaniringkas

TH komited rangka strategi pelaburan patuh syariah terbaik - Syed Hamadah
Prestasi kewangan positif TH hasil keyakinan terhadap usaha Kerajaan Malaysia dalam memacu perkembangan ekonomi negara pada tahun 2024.

KPDN rampas toner tiruan bernilai RM90,000
KPDN Cawangan Kuala Krai merampas 277 toner disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 di sini semalam.

Seorang maut, tujuh parah kemalangan van dan bas
Seorang daripada penumpang yang tersepit meninggal dunia manakala tujuh yang lain termasuk pemandu van mengalami kecederaan parah.

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Sultan Selangor berkenaan terima zakat perniagaan Pintas Utama RM3 juta
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd sebanyak RM3 juta.

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

Sultan Selangor titah pegawai kerajaan bertugas penuh tanggungjawab, jauhi rasuah
Baginda bertitah ketua jabatan juga perlu memastikan salah guna kuasa tidak berlaku di jabatan masing-masing.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.

Henti bertelagah, jauhi rasuah perosak negara - Sultan Selangor
Baginda turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.