CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata di sini dipercepatkan agar mangsa terlibat dapat segera kembali ke penempatan mereka.
Baginda turut bertitah agar pihak terlibat dalam kerja pembaikan itu termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan projek tersebut sebaik mungkin supaya kejadian sama tidak berulang.
"Saya masih ingat 2011 kejadian seperti ini pernah berlaku dan ini yang membawa kepada pelaksanaan projek penempatan sekarang ini.
"Namun saya berharap agar ia (projek pembaikan) dipercepatkan, kalau lihat peruntukan pun tidaklah besar sangat, kalau boleh dipercepatkan agar semua mereka-mereka (mangsa) ini boleh balik ke rumah," titah baginda selepas berkenan berangkat melawat rumah transit 17 keluarga mangsa cerun runtuh di sebuah kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tanah Rata di sini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor.
Dalam kejadian 10.56 pagi 12 Okt tahun lepas, cerun di penempatan Kampung Orang Asli Sungai Ruil terjejas akibat tanah runtuh, menyebabkan enam buah rumah dan beberapa kenderaan penduduk terjejas.
Susulan itu, 17 keluarga diarah mengosongkan rumah masing-masing dan ditempatkan di PPS Dewan KOA Sungai Ruil sebelum dipindahkan ke kuarters TNB sementara menunggu pembaikan cerun selesai.
Projek pembaikan cerun itu dijangka mengambil masa dua tahun membabitkan peruntukan RM3.5 juta.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menanggung sepenuhnya pembayaran sewa kuarters bagi 17 keluarga terbabit mulai Februari lepas.
TNB sebelum ini bersetuju menawarkan sewa RM500 seunit dan mengecualikan bayaran deposit sewaan selama tiga bulan.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar pihak berkenaan memantau keselamatan cerun di kawasan Cameron Highlands yang sering berlaku runtuhan terutama ketika musim hujan.
"Keselamatan cerun-cerun terutama di tepi jalan juga perlu diambil kira untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya," titah baginda.
Sultan Pahang turut mengingatkan agar pemilik penempatan Orang Asli Sungai Ruil tidak sewenang-wenangnya menukar hak milik rumah berkenaan yang disifatkan baginda sebagai projek penempatan Orang Asli paling mewah pernah dibangunkan.
Baginda turut berkenan beramah mesra dengan mangsa terjejas serta mengurniakan sumbangan sebelum berangkat melawat lokasi runtuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Al-Sultan Abdullah bertitah agar pihak terlibat dalam kerja pembaikan itu termasuk JKR melaksanakan projek tersebut sebaik mungkin supaya kejadian sama tidak berulang. - Gambar/ Bernama
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
Sultan Pahang titah Kerajaan Negeri, rakyat siap siaga hadapi banjir
Sultan Pahang bertitah supaya kerajaan Pahang dan rakyat negeri ini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan ramalan hujan secara berterusan hingga 11 Dis ini.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Sultan Pahang titah agensi berkaitan kemas kini data ramalan cuaca dan banjir lebih kerap
Al-Sultan Abdullah bertitah maklumat terkini itu amat penting kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di lokasi berisiko dilanda banjir.
Banjir: Sultan Pahang titah masjid, surau lakukan solat hajat
Baginda bertitah agar solat hajat ini dapat dilakukan selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib setiap hari.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.