KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menerima Anugerah Perdana: Tokoh Penulis Diraja daripada Anugerah Buku Negara untuk buku baginda berjudul 'Striving For Inclusive Development From Pangkor to A Modern Malaysian State'.
Anugerah tersebut disampaikan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie dalam majlis yang berlangsung di Dewan Besar UPM, Serdang, hari ini.
Menurut kenyataan UPM, Anugerah Buku Negara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dan UPM itu diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan buku dan penerbitan.
Sultan Nazrin bertitah, buku kedua baginda yang diterbitkan Oxford University Press pada 2019 itu menghamparkan penemuan kajian mengenai pencapaian kemajuan Malaysia berdasarkan analisis komprehensif data-data ekonomi dan sosial dalam tempoh 150 tahun, bermula dari Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
"Penyelidikan, kajian dan analisis yang dilakukan mengambil masa hampir 20 tahun melibatkan proses kerja yang sangat mencabar untuk mendapatkan data yang tersimpan di pelbagai tempat, dalam bentuk rekod yang tidak seragam; disusuli kemudiannya dengan proses memilih dan menapis serta cuba menyelaras dan menyeragamkan maklumat dan data yang dikumpulkan," titah Sultan Nazrin.
Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, bahawa kepelbagaian Malaysia dari aspek agama, budaya dan bahasa merupakan aset yang wajib diharmonikan melalui amalan budaya keterangkuman bagi membentuk warga yang kukuh berpadu dalam kepelbagaian.
Titah baginda, semua pihak perlu sedar dan menerima hakikat bahawa kejayaan Malaysia selama ini adalah hasil usaha setiap rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama dan budaya.
"Melalui hikmah kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang mengasaskan kemerdekaan negara, elemen yang pelbagai itu berjaya digabungkan dan dicantumkan.
"Lalu dibina tenaga dan kekuatan, menyusun gerakan dan tuntutan sehingga berjaya tertubuhnya sebuah negara merdeka Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, disusuli dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, sebuah negara yang aman lagi tenteram, makmur lagi sejahtera," titah Sultan Nazrin.
Baginda bertitah, menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65, semua pihak wajar mengingatkan diri mereka untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT serta tidak alpa dengan kejayaan dinikmati selama ini.
Sultan Nazrin turut bertitah, bahawa negara akan dilimpahi kecemerlangan jika melakukan yang makruf dan memerangi kemungkaran, serta berpendirian bahawa Malaysia akan lebih gemilang jika setiap rakyat diberi peluang yang saksama untuk menikmati faedah daripada pembangunan negara. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menerima Anugerah Perdana: Tokoh Penulis Diraja daripada Anugerah Buku Negara untuk buku baginda berjudul 'Striving For Inclusive Development From Pangkor to A Modern Malaysian State'. - Gambar fail BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.