KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata pelantikan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 itu adalah bagi menggantikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun.
"Walaupun terdapat titah gesaan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja agar baginda menyambung khidmat yang mulia dan cemerlang selama dua tahun lagi, baginda bertegas untuk mengundur diri, supaya tugas dan peranan penting sebagai Pengerusi MKI dipertanggungkan kepada seorang Raja lain.
"(Sultan Selangor) menghujahkan bahawa tugas serta amanah besar itu dipertanggungkan secara bergilir yang melambangkan semangat kebersamaan tanggungjawab dalam kalangan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing untuk menjaga dan memelihara agama Islam menurut yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja menghargai kehendak dan asbab baginda untuk tidak berkenan dilantik semula," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Syed Danial berkata setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, Sultan Nazrin menyambut keputusan Raja-Raja untuk meneruskan khidmat bakti cemerlang Sultan Selangor dengan harapan akan mendapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada Raja-Raja.
Baginda turut memohon mendapat petunjuk Ilahi untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi MKI.
Pada 7 Mac lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi MKI selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac dan menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan dapat diteruskan pelaksanaannya dengan lebih baik.
Sultan Sharafuddin mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022.
Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih dalam kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh diperbaharu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026. - BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023.
Usaha preventif bendung isu 3R perlu segera dilaksana - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.
Sultan Nazrin berkenan rai pengamal media sempena HAWANA 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, malam ini.
Sultan Nazrin perkenan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dengan syarat
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.
Sultan Nazrin perkenan pelantikan Saarani sebagai MB Perak. Ini latar belakang Saarani
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta.
Agenda bentuk rakyat bersatu masih samar - Sultan Nazrin
Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak.
RM5 bilion untuk Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh
Projek pembangunan yang akan dilakukan secara berfasa itu mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.
Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid
Usaha SPRM menahan individu-individu berjawatan besar atas dakwaan terlibat dalam jenayah kolar putih bukan tindakan bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.